Home / Kesihatan / 10 petua paling berkesan merawat keputihan

10 petua paling berkesan merawat keputihan

10 petua paling berkesan merawat keputihan|setuju tak kalau kami cakap bahawa keputihan yang berlebihan boleh merosakkan mood harian anda?

Kami sendiri dah rasa betapa sangat rimas & annoying apabila keputihan berlebihan mula menyerang. Susah nak bergerak & jadi diri sendiri.

10 petua paling berkesan merawat keputihan
10 petua paling berkesan merawat keputihan

Sebenarnya, ada cara merawat keputihan anda dengan mudah & selamat. Anda berhak untuk dapat kehidupan yang anda mahu.

Jadi, sekarang kami nak kongsi dengan anda 10 cara merawat keputihan secara semulajadi. Hanya guna bahan di rumah sahaja.

Selepas anda habis membaca artikel ini, anda akan tahu yang sebenarnya amat mudah untuk merawat keputihan secara semulajadi.

Kalau anda boleh guna cara ini dengan berterusan, kami yakin keputihan anda boleh dirawat sepantas 30 hari sahaja.

GUNA SAHAJA 10 CARA INI MERAWAT KEPUTIHAN ANDA.

Please. Fokus & baca setiap patah perkataan dalam artikel ini kalau anda serius nak tahu cara merawat keputihan tanpa suplemen dengan selamat.

Kami jamin dan confirm yang cara ini memang selamat & berkesan kalau anda amalkan cara ini dengan istiqamah & berterusan.

1. BENDI

“Wow! Bendi pun boleh bantu ya?”

Boleh sangat. Ini petua yang mak kami kongsikan.

(1) Cuci 3-4 @ 100g batang bendi.
(2) Dan, potong bendi kecil-kecil.
(3) Masuk 2 cawan air dalam periuk.
(4) Rebus 15 minit @ air tinggal separuh.
(5) Tapis dan dapatkan air bendi.
(6) bahagi kepada 3 bahagian.
(7) Minum 3 kali sehari bersama madu.

Amalkan sehingga keputihan hilang. Buat lagi apabila keputihan jahat mula menyerang lagi. Malas nak buat? Makan bendi hari-hari.

2. KANJI

Paling mudah, ambil air dari nasi yang sedang ditanak.Tak perlu susah macam petua bendi tadi.Ini terus minum sahaja.

Menurut kajian dari Natural News yang ditulis oleh Zach Miller, kanji mengurangkan pengeluaran asid. Seperti mana tahu, keputihan ini bersifat asid.

Oleh itu, memang terbukti berkesan kanji dapat bantu kurangkan keputihan jahat yang buat hidup anda tak selesa.

3. CUKA EPAL

Mesti ada dalam rumah kan? Selain buat makanan kita sedap, cuka epal terbukti sebagai cara merawat keputihan yang berkesan.Cuka epal ini berfungsi menstabilkan pH dalam badan. Keputihan jahat menunjukkan badan kita terlalu banyak asid.

Dengan khasiat cuka epal, badan kita akan kembali seimbang selepas asid berkurang, alkali bertambah. Baru jadi sama rata.

“Susah tak cara guna?”

Serius senang. Campur 2 sudu cuka epal dalam segelas air. Dan minum setiap hari sehingga pulih. Dan ulang semula apabila keputihan jadi semula.

4. DAUN BUAH JAMBU

Aduh. Kecur air liur apabila buat buah jambu bersama asam boi & cili. Digabungkan dengan buah pelam. Memang meletup.Rupanya daun buah jambu ini selain wangi, memang membantu merawat keputihan secara semulajadi. Hebat kan?

Hanya 5 langkah untuk merawat keputihan dengan daun buah jambu iaitu:

(1) Rendam dalam 1 liter air.
(2) Biarkan selama 30 minit.
(3) Tapis & biar sejuk.
(4) Bilas pada faraj.
(5) Buat setiap hari.

Senang kan?

5. PISANG

Berdasarkan blog Home Remedy Hacks, pisang mengandungi fiber yang tinggi. Dan, fiber mampu neutral-kan asid dalam perut kita.

Makan mentah sahaja. 1-2 biji pisang sehari. Cuba untuk sebulan. Bukan sahaja masalah keputihan hilang, malah anda bertambah sihat & cantik.

“Tak muak ke makan pisang hari-hari?”

Ok ok. Kalau nak lagi sedap, boleh makan pisang dengan madu. Pastikan, consume di awal pagi. Lebih berkesan & efektif.

6. TAWAS

Tawas terbukti sebagai antiseptik semulajadi. Tawas yang cantik seperti kristal ini memang berkesan merawat jangkitan di faraj.

Disebabkan tawas bersifat antiseptik, memang menghalang jangkitan kuman di bahagian faraj. Oleh itu, memang berkesan merawat keputihan.

“Kiranya kena sapu tawas di faraj ya?”

Eh. Tidak! Hanya campur dengan air. Dan bilas pada faraj. Mudah kan?Kalau nak sapu-sapu juga. Baca next tips.

7. YOGURT

Suka makan yogurt? Yogurt berkesan hapuskan jangkitan yeast sebab mengandungi Lactobacillus Acidophilus, bacterium yang ada di faraj yang sihat.

Bacterium ini hapuskan jangkitan dengan pengeluaran hydrogen peroxide. Cara guna pun senang. Sapu terus ke faraj. Ada kes, inject dalam faraj.Lagi senang kan?

8. MANJAKANI

Menurut Prof. Dr. Hembing Wijayakusuma dalam blog Podoteko,“Manjakani bukan sahaja mengetatkan faraj dan mengurangkan keputihan. Tapi juga mengeringkan faraj.”

Logiknya, keputihan bersifat asid dan hapuskan kuman. Jangkitan kuman banyak terjadi kerana kawasan faraj lembap.Jadi, keputihan akan keluar untuk matikan kuman & bakteria. Kalau kekal kering, keputihan akan berkurang secara alami.

Di dalam Hermonex, terdapat ekstrak manjakani & ekstrak 7 herba yang terbukti mengembalikan mahkota wanita.Untuk maklumat mengenai Hermonex,

9. BAWANG PUTIH

Dari blog Midwifery Today, bawang putih memang terkenal dengan sifat anti bakteria. Bawang memang cara merawat keputihan yang bagus dengan hapuskan bakteria.

Ada banyak cara guna yang disyorkan oleh pakar.

Antara cara guna adalah:

(1) Sebelum tidur, masukkan ulas bawang dalam faraj. Bangun terus buang.
(2) Lenyek 3-4 ulas bawang, dan apply ke faraj. Dalam 10 minit, terus bilas.
(3) Masukkan bawang dalam masakan anda.

Senang senang. Telan 1-2 ulas bawang dengan segelas air. Pastikan perut kosong. Baru lah lebih mujarab.

10. DAUN BASIL

Daun basil memang terkenal dengan sifat penyembuh pelbagai penyakit termasuk keputihan. Anda boleh jumpa daun basil di pasar basah.

Anda rebus & minum air rebusan setiap pagi selama 2 minggu. Oh, jangan lupa campur dengan madu untuk kesan yang lebih optimum.

11. Cranberry

Ini adik-beradik blueberry. Memang cara ini berkesan merawat keputihan sebab cranberry ada sifat anti oxidant.Oleh itu, jangkitan bakteria & kuman di bahagian faraj boleh dielakkan dengan mudah & selamat. Awesome kan Cranberry?Buat jus dari Cranberry & minum 3 kali sehari. Insya allah, masalah keputihan akan selesai. Jangan tak cuba pula ya.

sumber : hermonex.net

Check Also

10 tanda awal anda mengidap Kencing Manis

10 tanda awal anda mengidap Kencing Manis

Kajian baru menunjukkan 25% daripada orang-orang dengan diabetes jenis 2 tidak tahu mereka mempunyai diabetes. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!