Home / Hiburan / Bapa Zahid hilang selepas keluar rumah

Bapa Zahid hilang selepas keluar rumah

KUALA LUMPUR – Penyanyi Zahid memohon bantuan orang ramai untuk mencari bapanya, Baharudin Md. Arif yang dilaporkan hilang sejak keluar dari kediamannya yang terletak di Taman Kota Muhibah, Teluk Intan, Perak.

Menurut Zahid, bapanya yang berusia 70 tahun hilang selepas keluar dari rumah dengan membawa kereta Preve berwarna perak (silver) dengan nombor pendaftaran, DCS 6092 pada pukul 11.15 pagi tadi.

Kehilangannya disedari ibu Zahid, Jamilah Mohd. Ali selepas mendapati ketiadaan kereta di pekarangan rumah.

“Mak saya yang sedar bapa hilang selepas mendapati kereta tiada depan rumah. Sebenarnya kami sudah tidak benarkan bapa bawa kereta selepas dia pernah sesat untuk pulang ke rumah sekitar dua tahun lalu.

“Saya tidak tahu bapa ke mana, tetapi rasanya mahu keluar untuk beli rokok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online petang tadi.

Tambah Zahid, bapanya yang pernah diserang angin ahmar turut mempunyai masalah ingatan atau demensia.

“Bapa hanya mengingati memori lama. Apa yang membimbangkan, bapa hanya keluar sehelai sepinggang tanpa membawa dompet dan sebarang pengenalan diri,” ujar Zahid.

Selain memuat naik perkongsian dalam akaun Twitter memohon orang ramai mencari bapanya, Zahid turut membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan, Perak.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang maklumat mengenai kedudukan bapanya kecuali satu komen di Twitter yang mendakwa pernah melihat lelaki itu di sebuah kedai makan.

“Keluarga sudah memaklumkan kepada pihak polis dan mereka mencari di sekitar jalan menghala keluar dari Teluk Intan.

“Tolong doakan keselamatan bapa saya dan terima kasih atas doa dan bantuan semua,” ujarnya.- K! ONLINE

 

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Ind!a m*buk langgar peniaga hingga mat! diikat jamin RM8000 dan tidak mengaku salah

video & 14 gambar : Tanah perkuburan islam dibakar, masjid dibaling batu di Melaka

Panggil cikgu pondan, rupanya budak dirotan kaki pub dan pelajar bodoh!- netizen buka rahsia

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!