Home / politik / Baru sehari bertugas Zahid lakukan ‘sesuatu’ pada UMNO

Baru sehari bertugas Zahid lakukan ‘sesuatu’ pada UMNO

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zakarshi dilantik menjadi salah seorang daripada lima Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang baharu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan di sini hari ini mengumumkan pelantikan kelima-lima mereka terilibat.

Selain Mohd. Puad, katanya, Presiden UMNO melantik Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz, Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yaakub Khan dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii.

“Adalah saya seperti diarahkan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) mengumumkan pelantikan seperti berikut selaras dengan Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO.

“Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta sehingga tempoh Majlis Kerja Tertinggi 2018-2021”, kata Anuar.- MalaysiaGazette

 

UMNO perlu dipimpin Tok Mat – KJ

SHAH ALAM 29 April – Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin secara berterus-terang memberitahu yang parti tersebut perlu terus dipimpin oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan bukannya diserah kembali kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut, Ahmad Zahid walaupun masih bergelar Presiden UMNO tetapi terpalit isu peribadi melibatkan kes pendakwaan di mahkamah, manakala Mohamad yang mengambil alih tugas memimpin parti sudah membuktikan kemampuannya dalam tiga pilihan raya kecil.

Katanya, sama juga seperti kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang membela diri di mahkamah, UMNO tidak boleh lagi memperlihatkan sikap cuba menegak benang yang basah, kerana rakyat sudah menghukum parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu akibat skandal pemimpin.

“Parti yang sedang dipimpin Tok Mat (Mohamad) kini berada dalam landasan yang tepat walaupun mungkin proses perubahan itu tidak dapat beliau laksanakan dengan sepenuhnya kerana terpaksa berdepan pilihan raya kecil.

“Saya hormat kedua-dua pemimpin ini (Najib dan Ahmad Zahid) tetapi zamannya sudah berlalu tetapi alhamdulillah apabila saya menegurnya dalam hal ini, Datuk Ahmad Zahid mengambil langkah bercuti,” katanya dalam program Bicara Minda di Kompleks Karangkraf di sini hari ini.

Ketokohan Mohamad terserlah apabila berjaya mengembalikan suntikan semangat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan dalam PRU-14 apabila beliau berjaya memimpin parti memenangi tiga pilihan raya kecil secara berturut-turut iaitu Cameron Highland, Semenyih dan Rantau. – UTUSAN ONLINE

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Ind!a m*buk langgar peniaga hingga mat! diikat jamin RM8000 dan tidak mengaku salah

video & 14 gambar : Tanah perkuburan islam dibakar, masjid dibaling batu di Melaka

Panggil cikgu pondan, rupanya budak dirotan kaki pub dan pelajar bodoh!- netizen buka rahsia

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Check Also

400 hari berkuasa, Kerajaan PH jual lebih RM20 bilion aset negara

1. GENAP 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual. Secara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!