Home / Hiburan / Bekas isteri tuntut rumah RM41 juta dan nafkah anak RM123,000 sebulan dari Sultan Kelantan

Bekas isteri tuntut rumah RM41 juta dan nafkah anak RM123,000 sebulan dari Sultan Kelantan

Seperti tiada kesudahan mengenai kisah kerabat Diraja Kelantan dengan bekas ratu cantik Moscow berkenaan isu perkahwinannya.

Temu bual eksklusif

Hari ini, Rihana Oksana Voevodina, 25 telah memuat naik video di Instagram miliknya berkenaan temu bual yang menjelaskan mengenai apa yang berlaku antara dirinya beserta Sultan Muhammad V.

 

https://www.ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2019/10/Screenshot-2019-10-03-at-8.31.28-PM.png

Dah tak jumpa sejak Disember

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Rihana dalam kapsyen yang disertakan itu, dia telah mengatakan bahawa sudah tidak bertemu dengan suaminya sejak Disember lalu.

Dia juga menyatakan langsung tidak dapat menghubungi Sultan Muhammad V termasuklah kenalan baginda serta saudara-maranya.

Buat tuntuan

Dalam pada itu, menerusi Mail Online, Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Sebelum ini, media-media tempatan telah melaporkan bahawa Rihana Oksana dan juga Sultan Muhammad V sudah pun bercerai talak tiga dengan tersebarnya surat cerai mereka.

Minta jaga reputasi

Walau bagaimanapun, menerusi posting terbaru Rihana itu, dia telah meminta untuk Sultan Muhammad V supaya menghentikan sebarang spekulasi bagi menjaga reputasi baginda sebagai seorang pemimpin.

Tuntutan yang dikemukan kepada Sultan Muhammad V turut belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan Kelantan dan hal tersebut mencetuskan seribu satu tanda tanya mengenai hubungan perkahwinan pasangan ini.

 

sumber : https://www.ohmymedia.cc/oksana-tuntut-rumah-agam-41-juta-nafkah-123k-sebulan-terhadap-sultan-kelantan

 

 

 

Perhatian : artikel dalam web ini diambil dari pelbagai sumber sekiranya didapati ia tidak benar sila pm admin dibawah untuk memadamkannya

PM kami disini — > https://www.facebook.com/MediaVirall/messsages

 

PENGIKLANAN BERBAYAR

ingin jana pendapatan RM100-RM300 setiap hari dengan grab tetapi tiada kereta? kami sediakan kereta untuk disewa khas Area KL dan Selangor sahaja klik disini

berminat iklankan produk anda di blog dan page total 1.2 juta like? PM ka

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!