Home / isu semasa / budak lelaki berusia 12 tahun selepas dipercayai mer;gol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga oleh ibunya

budak lelaki berusia 12 tahun selepas dipercayai mer;gol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga oleh ibunya

POLIS menahan seorang budak lelaki berusia 12 tahun selepas dipercayai mer;gol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga oleh ibunya di rumah mereka di Batu Gajah, Perak.

Siasatan awal polis mendapati, murid tahun enam sebuah sekolah itu dipercayai sudah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sebanyak tiga kali sejak awal Ramadan lalu.

Ibu suspek yang berusia 42 tahun mengambil upah mengasuh lapan kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun di rumahnya antara pukul 6.30 pagi hingga 9 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri dalams atu kenyataan memberitahu, mangsa yang berusia empat tahun diletakkan dibawah jagaan ibu suspek sejak Oktober 2017.

Perbuatan suspek terbongkar Khamis lalu selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian kem8luannya dan mengadu kepada ibunya bahawa suspek yang dipanggilnya abang membuka seluarnya dan memegang kem8luannya.

“Ibu mangsa kemudiannya bertanya kepada mangsa bagaimana suspek pegang, mangsa hanya memberitahu ‘sakit ibu’ dan tidak dapat menceritakan bagaimana suspek menyentuh kem8luannya.

“Kejadian dipercayai berlaku sebanyak tiga kali iaitu pertama pada awal Ramadan (tarikh sebenar tidak pasti), kali kedua pada 31 Mei dan ketiga pada 17 Jun lalu,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, pemeriksaan perubatan sudah dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dan mendapati terdapat kesan k8yakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput d8ra mangsa pecah.

“Terdapat kesan kemerahan pada bahagian ‘introitus’ dan kawasan d8bur mangsa disyaki berlaku kemasukan dalam kem8luan mangsa oleh objek tumpul.

“Kesan itu tidak dapat dipastikan kesan lama atau baru kerana kejadian sudah tiga kali berlaku,” katanya.

Menurut Ahmad Adnan, siasatan mendapati punca suspek melakukan perbuatan itu disebabkan terangsang melihat video di dalam telefon bimbit.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Check Also

Video semburit Azmin & Haziq : CCTV Hotel Sabah dedah segala-galanya

Hotel di tengah-tengah skandal video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!