Home / Informasi / Cara Menghias Rumah

Cara Menghias Rumah

Cara Menghias Rumah | Women Online Magazine

Cara Menghias Rumah | Women Online Magazine

Kesibukan Puan Hajah Siti Zubaidah Abd Jabar, bertugas sebagai Kontroler Pembangunan Wilayah Utara(KPWU) di PKNS, di mana beliau juga adalah Presiden PKNSFC dengan tugas seharian, ternyata tidak pernah mematikan minat beliau terhadap dunia hiasan dalaman.

Sejak dahulu lagi beliau memang meminati dunia hiasan dalaman.Bagi Siti Zubaidah, cara menghias rumah yang sempurna haruslah selesa dan tenang, baik ketika melangkah masuk ke dalam kediaman ataupun beristirahat.

Latar Belakang Kediaman

Bercerita tentang kediaman yang sudah didiami sejak tahun 1995, Siti Zubaidah memberitahu yang dia suka mendekorasi kediamannya yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam ini mengikut citarasa tersendiri.

“Reka bentuk kediaman banglo dua tingkat, dibina atas ilham saya sendiri. Kediaman ini mempunyai enam bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur,dua ruang keluarga dan satu mini perpustakaan ataupun ruang membaca.Kediaman saya di kelilingi pokok buahan-buahan. Di sebelah belakang dan tepi ada bermacam-macam jenis pokok buah-buahan, antaranya pokok rambutan,cermai, belimbing dan juga sayur-sayuran,” tambah Siti Zubaidah, tanpa berselindung.

“Manakala pokok hiasan pula, saya lebih gemar menanam pokok bunga yang berbau harum dan wangi seperti bunga cempaka kuning dan putih, melur dan lain-lain lagi yang mengelilingi kolam ikan saya,” tambah beliau lagi.

Cara Menghias Rumah | Women Online Magazine

Konsep Dan Cara Menghias Rumah

“Setiap sudut yang saya susun atur mempunyai gaya dan citarasa tersendiri. Saya lebih suka kepada konsep ringkas yang sedap dipandang mata dan tenang. Saya gabungkan konsep tersebut dengan konsep ‘suai padan’ kerana ia lebih praktikal dan memberikan ruang yang luas kepada kediaman kita. Biasanya akan memberikan satu penampilan yang fleksibel serta ceria kepada suasana dalam rumah. Secara tidak langsung ia akan memberikan kesan positif kepada jiwa dan minda kita juga.”

Cara Menghias Rumah | Women Online Magazine

Cara Menghias Rumah | Women Online Magazine

Kediaman Sendiri Dengan Bajet Terhad

Menurut Siti Zubaidah, walaupun kini terdapat banyak pilihan membeli rumah, namun harga yang ditawarkan sangatlah mahal terutama di Lembah Kelang. Jadi, anak-anak muda yang mahu memiliki kediaman sendiri dengan bajet terhad kenalah pandai membuat pilihan.

Antara langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Mereka perlu rujuk terlebih dahulu ke institusi pinjaman had kelayakan pinjaman yang boleh diperoleh.
  2. Tentukan tujuan atau objektif membeli rumah berkenaan, adakah untuk disewakan atau didiami ataupun dijadikan pejabat.
  3. Kemudian, mereka perlu membuat pencarian rumah yang sesuai dengan objektif di atas samada dengan membeli rumah baru dibina atau rumah lelongan ataupun rumah yang dijual oleh pemilik. Harga rumah tersebut mestilah bersesuaian dengan kelayakan pinjaman.
  4. Cari lokasi rumah yang berhampiran dengan kemudahan awam terutama pengangkutan awam kerana ia akan dapat menjimatkan kos pengangkutan ke tempat kerja.

Check Also

Punca Rambut Beruban

Foto: Sekadar Hiasan Nak tahu kenapa anda mempunyai rambut beruban pada usia muda. Jom ketahuinya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!