Home / Berita / Ekstremis Hindu Arunakirinathan serang dan fitnah Firdaus Wong disaman RM 2 Juta

Ekstremis Hindu Arunakirinathan serang dan fitnah Firdaus Wong disaman RM 2 Juta

[Saman Fitnah RM2Juta Terhadap Esktrimis]

Saman fitnah RM2juta telah difailkan oleh peguam saya di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur terhadap Arunakirinathan a/l Thillainathan aka Arunakiri. Pengurusan kes adalah pada 16 Julai 2019.

Sekarang bukan masanya kita berbincang tetapi masa untuk kita saman mereka yang selama ini seronok dan bebas menfitnah Islam dan Muslim. Kita berani kerana benar.

InshaAllah kami akan saman satu persatu mereka yang pernah menfitnah saya dan mereka telah berada di dalam senarai dan bukti telah dikumpulkan.

Doakan kebenaran terserlah dan kemenangan buat Islam. Jazakumullahu Khairan kepada kesemua peguam saya yang membantu selama ini. Tiga peguam berbangsa Melayu, berdarah India & Punjabi beragama Islam membantu seorang Cina Muslim. Setiap yang beriman itu bersaudara. Allahuakbar.

Tiada penerangan foto disediakan.

firdaus wong failkan saman terhadap Arunakirinathan

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, meja dan dalaman

firdaus wong failkan saman terhadap Arunakirinathan

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk, meja dan dalaman

kita kongsikan kembali artikel pada bulan januari pejabat firdaus wong diserangh aktivis hindu

VIDEO: Pelampau Hindraf Buat Kecoh Di Pejabat Firdaus Wong

KUALA LUMPUR – Pejabat pendakwah bebas, Firdaus Wong kelmarin kecoh apabila seorang pelampau Hindraf, Arunakirinathan menceroboh ke premis itu berikutan penjelasan yang dibuat oleh Firdaus berhubung dakwaan cogan jata Sultan Pahang berasal dari Dewa Murugan, pada Selasa.

Pelampau itu, tidak berpuas hati kerana contoh perbandingan yang dibuat Firdaus seolah-olah memalukan dewa Hindu.

Firdaus berkata walaupun Arunakirinathan datang tanpa temujanji dan masuk tanpa kebenaran, kakitangan syarikat nya masih membenarkannya duduk di ruang tamu dan menawarkan air tetapi pelampau itu menolak sambil beliau terus membuat video live dengan suara yang agak kuat sehingga menganggu pengambaran yang sedang dijalankan.

“Kakitangan kami telah memaklumkan kepada beliau bahawa jadual kami agak padat dan sibuk dan perlu tunggu untuk berjumpa dengan saya.

“Setelah beliau menunggu hampir 20 minit, saya keluar berjumpa dengan beliau dan memaklumkan bahawa saya agak sibuk dengan shooting yang belum selesai. Krew RTM perlu bergegas ke Terengganu manakala saya pula perlu bergegas ke Teluk Intan bagi program masing-masing selepas shooting.

“Setelah bersalam dengan beliau, beliau terus mengajukan soalan bertalu-talu dan menuntut jawapan, saya memaklumkan bahawa saya akan membiarkan kakitangan kami untuk berurusan dan menjawab beliau kerana saya perlu meneruskan pengambaran di dalam tetapi beliau terus berkeras mahukan jawapan dari saya.

“Apabila beliau terus mendesak dan menganggu operasi pejabat kami, saya terpaksa meminta beliau untuk keluar dari pejabat kami tetapi beliau enggan meninggalkan pejabat kami dengan alasan pejabat kami bukannya private property tetapi adalah public property dan suka hati beliau kalau beliau mahu duduk di situ,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pihak Firdaus juga telah membuat panggilan kepada polis kerana Arunakirinathan enggan meninggalkan premis itu.

Pelampau hindraf itu juga turut menuduh Firdaus sebagai pengg*nas. -SuaraTV

 

 

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Ind!a m*buk langgar peniaga hingga mat! diikat jamin RM8000 dan tidak mengaku salah

video & 14 gambar : Tanah perkuburan islam dibakar, masjid dibaling batu di Melaka

Panggil cikgu pondan, rupanya budak dirotan kaki pub dan pelajar bodoh!- netizen buka rahsia

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Check Also

pertandingan seksi & menjijikkan! penganjur dah minta maaf – KPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!