Home / Informasi / Enggan berdiri ketika nyanyian Lagu Negara Ku boleh di tangkap tanpa waran – Peguam

Enggan berdiri ketika nyanyian Lagu Negara Ku boleh di tangkap tanpa waran – Peguam

Lagu Negara ku –Gagal berdiri boleh ditangkap tanpa Waran.

Tahukah anda, sekiranya ada gagal berdiri atau menunjukkan rasa hormat kepada lagu Negaraku anda boleh ditangkap polis tanpa waran tangkap selaras dengan Seksyen 9, Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Jadi bermakna sekiranya ada gagal berdiri dalam sesuatu Majlis yang menyiarkan dan/atau menyanyikan lagu Negaraku, ada boleh ditahan segera tanpa menunggu waran tangkap dari Mahkamah.

Sekiranya polis pada pendapatnya bahawa si pelaku gagal menghormati Seksyen 8, Akta Lagu Kebangsaan, iaitu gagal berdiri sebagai tanda hormat boleh membuat tangkapan ini. Si pelaku boleh dihadapkan ke Mahkamah dan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 8 dan didenda maksimum RM100 ringgit atau penjara tidak lebih satu tahun.

Memanglah nampak sikit, tetapi hendak menghadap situasi ditangkap polis dan dibawa ke Mahkamah itu adalah pengalaman perit. Berdasarkan Seksyen 8 ini juga, membenarkan individu tidak berdiri contohnya lagu tersebut disiarkan dalam televisyen di rumah dan keadaan yang mempunyai nature lebih kurang sama.

Seksyen 8 memperincikan apakah perbuatan yang dianggap menghina lagu Negaraku iaitu sekiranya anda tidak mempunyai alasan yang kukuh alasan mengapa anda tidak boleh berdiri sewaktu lagu Negara dikeudarakan dan perbuatan tersebut dianggap menghina lagu Negaraku.

Jadi beringatlah, ini bukan kesalahan biasa-biasa tetapi kesalahan boleh bawa ke Mahkamah dan didakwa. Dalam diri kita ini perlu rasa cintakan Negara sendiri dan patriotik.

Ditulis oleh Nor Zabetha

 

 

 

Perhatian : artikel dalam web ini diambil dari pelbagai sumber sekiranya didapati ia tidak benar sila pm admin dibawah untuk memadamkannya

PM kami disini — > https://www.facebook.com/MediaVirall/messsages

Pengiklanan berbayar

ingin jana pendapatan RM100-RM300 setiap hari dengan grab tetapi tiada kereta? kami sediakan kereta untuk disewa khas Area KL dan Selangor sahaja

 

Check Also

Cara Menghias Rumah

Kesibukan Puan Hajah Siti Zubaidah Abd Jabar, bertugas sebagai Kontroler Pembangunan Wilayah Utara(KPWU) di PKNS, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!