Home / Uncategorized / Jawapan balas pada Wan Ji Ustaz DAP mengenai Tuan Ibrahim guna Hadis Palsu

Jawapan balas pada Wan Ji Ustaz DAP mengenai Tuan Ibrahim guna Hadis Palsu

Saya membaca tulisan Saudara Wan Ji Wan Hussin, Pengarah akademik Saudara Research Centre seperti yang disiarkan oleh portal online Malaysiakini di mana beliau mempertikaikan hadis yang dibaca oleh Timbalan Presiden PAS, Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man semasa membahaskan usul pengisytiharan harta hari ini di Dewan Rakyat.

Saya hanya ingin menyentuh berhubung kedudukan hadis yang menjadi tajuk tulisan tersebut. Penulis menyatakan hadis tersebut sebagai hadis palsu berdasarkan pandangan beberapa ulama yang dinyatakan. Dengan menghormati para ulama dan cendikiawan yang disebutkan itu, perlu juga dinyatakan bahawa ada juga pengkaji hadith yang menerima hadith ini sebagai sahih.

Di dalam ucapan Dato Tuan Ibrahim sendiri menyebut nama Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (1914 – 1999) yang menukilkan hadis ini di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Sahihah. Walaupun tidaklah pandangan ini Albani ini merupakan satu keputusan mutlak di dalam dunia pengkajian hadis,

Imej mungkin mengandungi: teks

namun setidak-tidaknya untuk menyatakan hadis itu palsu dengan menolak terus pandangan Albani merupakan satu pandangan yang agak kurang tepat. Adakah kita juga berpandangan bahawa Albani memasukkan hadis palsu di dalam kitabnya, Al-Silsilah Al-Sahihah ini?

Saya kepilkan di sini tangkap layar kitab susunan beliau pada jilid ketiga dan halaman 436 yang terdapat hadis yang dipertikaikan itu. Manakala pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=rqSp-kW1wro boleh didapati audio pandangan almarhum berhubung hadis ini ketika ditanya.

Adapun berhubung isu-isu lain di dalam tulisan tersebut, saya tidak berhasrat untuk menyentuh dalam hantaran ini.

Wallahualam

sumber : Ahmad Fadhli Bin Shaari

artikel sebelum ini yang dikatakan Tuan Ibrahim gunakan Hadis Palsu

Tuan Ibrahim guna hadis palsu tolak isytihar harta?

ULASAN | Pada asasnya Islam amat menekankan isu integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam berpolitik. Apatah lagi, salah satu sifat utama Nabi Muhammad SAW ialah al-amin.

Zaman kini, ia disebut integriti.

Tidak bersedia mengisytihar harta adalah lambang bercanggah dengan sifat integriti yang sepatutnya. Apabila bercanggah dengan integriti, sudah pasti ia tidak selaras dengan sifat al-amin bagi nabi.

Dengan sebab itu, tidak wajar bagi mana-mana anggota parlimen yang beragama Islam menolak amalan mengisytiharkan harta.
Iklan

Lebih-lebih lagi, amalan isytihar harta itu dapat mengelak daripada sebarang amalan rasuah membabitkan pihak yang berurusan dengan politik secara langsung.

Ia sudah pasti selaras dengan kaedah fikah yang berbunyi: “Tidak sempurna perkara wajib kecuali dengan melakukan perkara itu, maka melakukan perkara itu adalah wajib”.

Dalam kata lain, jika tidak sempurna proses melawan rasuah kecuali dengan melakukan amalan isytihar harta, maka isytihar harta juga boleh dianggap sebagai wajib juga.

Ada perawi ditolak

Dalam pada itu, tidak dinafikan terdapat orang yang diragui sumber kekayaannya yang menolak cadangan dan amalan mengisytihar harta.

Hal itu kerana, dengan pengisytiharan harta ia akan membantu lagi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli politik yang diragui akan hartannya.

Amalan sebegitu sebenarnya sudah berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, iaitu ketika beliau melantik Abu Hurairah menjadi gabenor di Bahrain.

Dengan sebab itu, dakwaan bahawa Islam melarang isytihar harta itu adalah satu fitnah jahat dilakukan terhadap agama Islam yang mementingkan integriti.

Baca PAS: Isytihar harta boleh timbulkan rasa dengki

Pun begitu, dalam laporan berita dinyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS ada berkata: “Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyuruh supaya harta yang ada tidak dihebahkan, kerana ramai pendengki.”

Sebenarnya, hadis yang dinukilkan oleh Tuan Ibrahim itu adalah hadis palsu berdasarkan apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam Ibn al-Jawzi.

Ia dianggap daif oleh al-Imam al-Iraqi dan al-Imam al-Sayuti, manakala Imam Ibn Abi Hatim menganggapnya sebagai mungkar.

Ia kerana dalam sanad hadis itu ada seorang perawi – Sa’id bin Salam al-Attar – yang ditolak. Dia juga ditolak oleh ramai ilmuan hadis, malah Imam Ahmad bin Hanbal menganggap dia sebagai pendusta.

Dari sudut sanad juga dicatatkan bahawa, perawi hadis daripada Muaz bin Jabal yang beliau diambil daripada Khalid bin Ma’dan.

Ibn Abi Hatim menyatakan bahawa Khalid tidak pernah mendengar hadis itu daripada Muaz. Apabila tidak mendengar, lebih mengukuhkan lagi dakwaan bahawa hadis berkenaan adalah palsu.

Dari sudut matan pula, dikatakan bahawa tidak boleh diberitahu kepada orang berkenaan nikmat yang kita dapat. Ini sudah pasti bercanggah dengan ayat al-Quran yang menyatakan: “Adapun dengan nikmat Tuhan kamu, hendaklah kamu ceritakan” (Surah al-Dhuha 93:11).

Dengan ini jelas bahawa ‘fatwa’ timbalan presiden PAS itu tidak berasaskan hujah yang benar. Apatah lagi dengan menyandarkan ia kepada Islam, ia boleh melahirkan persepsi buruk dari mata masyarakat non-Muslim terhadap agama Islam.

Ia akan menyebabkan Islam seakan-akan agama yang tidak cenderung kepada integriti.

Islam adalah agama yang pentingkan integriti. Dalam hal ini, sikap PAS sama sekali tidak mewakili ajaran Islam.

Sekian, wallahu ‘alam.

Video rancangan Wan Ji sejak 2003 menghapuskan Sultan di Malaysia

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Ind!a m*buk langgar peniaga hingga mat! diikat jamin RM8000 dan tidak mengaku salah

video & 14 gambar : Tanah perkuburan islam dibakar, masjid dibaling batu di Melaka

Panggil cikgu pondan, rupanya budak dirotan kaki pub dan pelajar bodoh!- netizen buka rahsia

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

 

Check Also

kenyataan ‘bodoh’ M Kulasegaran buatkan Mahathir panas

kugalasan Malaysia tidak memerlukan warga Afrika untuk memenuhi keperluan pengambilan tenaga kerja bagi sektor perladangan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!