Home / Berita / Latifah koya Siasat Zahid Hamidi 40 pertuduhan

Latifah koya Siasat Zahid Hamidi 40 pertuduhan

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, pertuduhan ke atas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan siri pertuduhan serius yang dikemukakan SPRM melibatkan pemimpin tersebut.

Malah Latheefa yang hadir menyaksikan prosiding pendakwaan ke atas Ahmad Zahid berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menghadapi 33 lagi pertuduhan di Mahkamah Shah Alam yang melibatkan transaksi yang serupa.

“Secara keseluruhannya akan terdapat lebih 40 pertuduhan dan dakwaan ini amat serius.”Memandangkan pertuduhan telah selesai, kami akan biar mahkamah yang putuskan,” katanya.

Latheefa menambah pertuduhan ke atas Ahmad Zahid bukan kes rasuah yang biasa kerana ketika kes itu berlaku beliau merupakan seorang pemimpin.

“Jumlah yang terlibat juga sangat tinggi jadi ia memberi satu impak kepentingan awam,” katanya.Menurut Latheefa jumlah yang terlibat dalam siri pertuduhan tersebut adalah RM47 juta.

Sementara itu berkaitan syarikat yang didakwa terlibat memberi suapan kepada Ahmad Zahid, Ultra Kirana Sdn Bhd, Latheefa berkata perkara itu diserahkan kepada kerajaan.

“Kita biar kepada kerajaan untuk ambil tindakan terhadap syarikat itu.”Buat masa ini, kita dapat buktikan bahawa ini benar berlaku dan akan ada saksi-saksi yang telah dikenal pasti,” katanya.

Terdahulu Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan menerima suapan membabitkan S$4.2 juta daripada sebuah syarikat pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), dua tahun lalu.

Mengikut kesemua pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa secara rasuah menerima suatu suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd.

Ia sebagai dorongan untuk tertuduh yang ketika itu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat berkenaan.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya di sini antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018.

 

 

 

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Ind!a m*buk langgar peniaga hingga mat! diikat jamin RM8000 dan tidak mengaku salah

video & 14 gambar : Tanah perkuburan islam dibakar, masjid dibaling batu di Melaka

Panggil cikgu pondan, rupanya budak dirotan kaki pub dan pelajar bodoh!- netizen buka rahsia

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

 

Check Also

Pencemaran gas beracun : Kerajaan PH Johor tak serik-serik

PETALING JAYA: Mohamed Khaled Nordin mendakwa kerajaan Johor tidak mengambil pengajaran daripada insiden pembuangan sisa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!