Home / kisah / Mak aku janda dan agak liar cikit,sanggup pakai gambar aku untuk ngorat lelaki hidung belang

Mak aku janda dan agak liar cikit,sanggup pakai gambar aku untuk ngorat lelaki hidung belang

gambar hiasan dari goggle
Ibu kerja hotel, mintk gambr aku konon rindu, Hairan chek sms lcah mak dgn lelaki, gmbr pula muka ank2 prmpuan dia.

Hai semua. Tak tahu nak mula macam mana. Aku dibesarkan dengan keluarga yang kurang didikan agama. Adik beradik aku 4 orang kesemuanya. 3 perempuan dan seorang adik lelaki. Aku anak ketiga.

Umur aku sekarang da 33 tahun. Kehidupan masa kami kecil memang susah. Tapi mak ayah tetap usaha cari rezeki buat kami sekeluarga. Tapi masa aku kecil lagi mak ayah aku jenis tak pernah ambil tahu hal pelajaran mahupun hal agama.

Masing masing sibuk dengan dunia masing2, memang kahwin buat anak lepas tinggal. mcam tu lah kehidupan kami.

Kami adik beradik usaha sendiri. Sehingga belajar solat pun kakak aku yang sulung yang ajar kami adik beradik. Itu pun belajar dari panduan buku solat dan juga belajar dari sekolah. Kami adik beradik berdikari sendiri. Bayangkan aku umur 5 tahun da pandai masak sendiri.

Balik sekolah tadika aku tumpang ayah kawan aku bonceng basikal berdua dibelakang dengan kawan aku. Tak pun aku jalan kaki sendiri balik rumah. Ikutkan jauh juga sekolah tadika nak ke rumah aku. Nasib la zaman dulu tak de sangat orang jahat yang tak berperikemanusian macam sekarang ni. Zaman dulu kecil2 boleh berjalan merata kampung tanpa rasa risau orang nak culik atau rgol.

Dari kecil mak ayah selalu bergduh. Punca selalunya ayah suka main judi dan mak pula suka berjantan. Bila mak kantoi mula pergaduhan besar depan kami anak2. Walaupun ayah suka berjudi tapi tak pernah ayah kasi duit judi untuk kami sekeluarga makan.

Mak sendiri bagitahu kami ayah akan asingkan duit judi untuk beli pakaian atau bahan2 pencuci. Mak pula ketika tu kerja kilang. Banyak kali mak kantoi curang dengan ayah. Dan pernah sekali tu ayah ceraikan mak talak satu dan mereka rujuk kembali.

Tak lama mak dan ayah bcrai time tu, dalam sebulan je, mak dan ayah rujuk sebab anak2. Yup, time tu mmang kami adik beradik masih belum mengenal apa itu crai dan perpisahan. Yang paling aku ingt tiap2 minggu malam pasti mak dan ayah bertengkar.

Mak juga pernah kantoi dengan bos sendiri dkt tmpat kerja dia. Ayah nampak dengan mata nya sendiri. Bukan nya dgr ornag ckp atau adik beradik yang bagi tahu. Ayah nampak mak berpelukan dengan jantan lain keluar tgk wayang. Alasan keluar rumah mak kata nak buat over time hari Sabtu, tapi tak. Mak pergi berjoli.

Hari demi hari, tahun demi tahun. Mak tetap tak berubah, sampai la kami adik beradik da besar. Alhamdulillah masing2 sudah berjaya ke menara gading dan sudah bekerja di sektor kerajaan. Sampai kami da besar dan punya keluarga sendri pun perangai mak tak pernah berubah suka berjantan. Ayah pula alhamdulillah bila da tua ayah da berubah.

Solat tak pernah tinggal dan mula belajar mengaji di surau. Tapi mak tak. Puas ayah suruh mak solat. Mak akan mengamuk dan kerana suruh solat pun mereka boleh bergaduh besar. Kami adik beradik masing2 punya keluarga dan tinggal di kuala lumpur. Mak ayah di johor.

Sampai suatu hari tu ayah call bagitahu yang mereka sudah bercerai. Bayangkan hidup mereka bersama lebih 40 tahun tp akhirnya bercerai juga jalan penyelesaian. Ayah menangis dan bagitahu aku yang dia gagal nak didik mak. Banyak kali mak kantoi curang dengan ayah.

Dan ayah tak nak jadi suami dayus menanggung dosa. Mak dari dulu suka kalau kami adik beradik pakai pakaian yang seksi. Kalau boleh tak nak kami pakai tudung supaya nampak urban dan tak kolot depan kawan2 dia. Nasib baik kakak sulung aku sentiasa ingatkan kami adik beradik pasal agama dan menutup aurat.

Mak ketika tu bekerja di sebuah hotel. Aku ingat lagi masa aku belajar di universiti tempatan. Mak kerap minta gambar aku. Katanya rindu nak tengok gambar aku. Rupanya mak gunakan gambar aku untuk menyamar jadi aku. Macam mana aku boleh tahu? Mak kantoi dengan aku bila masa tu aku balik rumah cuti sem.

Aku pinjam hp mak dan aku tengok ada seorang budak lelaki mesej mak aku bersayang2. Aku bukak mesej tu tengok banyak gila gambar aku yang mak send kat budak lelaki tu. Bila aku tanya mak kenapa guna gambar aku send dekat jantan tah siapa2.

Sampai dunia kiamat pun mak takkan mengaku walaupun da kantoi terang terangan. Kalau baca mesej tu rasa macam nak maki mak sendiri. Guna gambar anak sendiri tapi mesej lcah dengan jantan. Mak sendiri sebar gambar anak kat lelaki lain. Bukan aku sorang je yang kena.

Kakak2 aku pun sama terkena macam aku. Sikit pun tak ada rasa bersalah dengan perbuatan dia jajar muka anak sendiri menyamar guna gambar anak mesej tak senonoh dengan jantan. Adik lelaki aku je terselamat.

Sepanjang aku jadi anak dia 33 tahun ni. Tak pernah tengok mak solat walaupun sekali. Apatah lagi kalau solat cukup 5 waktu. Sampai la sekarang ni walaupun umur mak da nak masuk 60 tahun. Mak tetap dengan perangai lama. Mesej dengan jantan tah sapa2.

Lagi la zaman sekarang dengan fb, what apps bagai. Dah tua umur 60 tahun still macam dulu lagi. Baru hari tu kantoi guna gambar kakak aku. Sudahnya kami adik beradik da tak share or post gambar2 di sosial media.

Takut mak guna gambar kami adik beradik menyamar dengan jantan kenalan di alam maya. Tak tau la sapa lagi manggsa mak agaknya. Lagi senang la skrg ni dia cilok gambar perempuan di fb.

Mak akan cuak kalau kami adik beradik nak pegang hp dia. Memang setiap kali tengok Wasap masuk mesti ada je jantan2 duk mesej sayang2 la. Mak menyamar jela sampai tua.

Zaman sekarang ni lagi la edit2 gambar muka tua boleh jadi muda. Doa jela yang mampu kami adik beradik buat. Segala nasihat teguran semua kami da buat. Mak macam biasa tak akan mengaku. Kami adik beradik da malas bergaduh dengan mak. Yang kami mampu hanya berdoa semoga Allah buka pintu hati mak untuk berubah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah.. walaupun kami adik beradik dibesarkan dalam keluarga yang macam ni. Allah berikan akal untuk kami adik beradik berfikir mana baik buruk dalam kehidupan. Bila mak nak berubah? Hanya Allah yang dapat beri hidayah buat mak.

Kami adik beradik sentiasa berdoa moga Allah bukakan pintu hati mak untuk dekatkan diri dengan Nya. Dalam solat ku setiap doa aku supaya dapat berubah. Tinggalkan perbuatan jahiliah dia. Memang aku menangis sgt bila tulis luahan ini. Aku harap pembaca semua doakan mak aku berubah sebelum Allah tarik nyawa mak.

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

lihat apa yang berlaku bila geng-geng perempuan naik bas separa b*gel

perempuan cantik ‘dikenduri’ orang gaji selepas balik dalam keadaan Mabuk

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Kecoh! tak mahu Anwar jadi PM Mahathir bawa BERSATU bergabung dengan UMNO?

Tiba-tiba jatuh sakit! netizen doakan Waytha Moorthy cepat meninggal

Video : kecoh! lelaki jerit nampak hantu di trafik light lihat apa yang berlaku selepas itu

Check Also

Rumah tangga porak peranda! rupanya dia terkena sihir kepala taik

Salah satu jenis sihir,yg mna orng yg mnghntr sihir jenis ini,mngamal ilmu kepala taik,inilah yg …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!