Home / politik / Mana pejuang GST nak letak muka! pembaca berita ‘troll’ Mahathir

Mana pejuang GST nak letak muka! pembaca berita ‘troll’ Mahathir

jika dahulu ada dikalangan pemimpin PH berguling-guling di atas jalan menuntut GST dimansuhkan kerana menindas orang miskin

buktinya kami kongsikan semula artikel dari roketkini

SUNGAI BESAR, 16 JUN: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi cukai pertama yang dikenakan terhadap golongan miskin sejak Merdeka 57 tahun yang lalu.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak, kerajaan UMNO-BN telah melaksanakan pelbagai dasar yang menyusahkan rakyat, termasuklah pelaksanaan GST.

“Selepas zaman Jepun, saya rasa inilah zaman paling susah bagi rakyat.

“Di bawah (pentadbiran) Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia orang miskin kena cukai.

“Cukai itu bukan cukai pendapatan, cukai itu namanya GST,” katanya dalam siri ceramah Pakatan Harapan di sini, semalam.

Malah, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu turut menyifatkan alasan yang diguna pakai kerajaan UMNO-BN untuk mempertahankan cukai berkenaan atas nama kepentingan rakyat, pembangunan infrastruktur dan pendidikan sebagai alasan yang dangkal.

Beliau mendakwa bahawa GST yang dikutip daripada rakyat sebenarnya adalah untuk menampung hutang berbilion ringgit yang ditanggung syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, 1MDB.

“Antara lain alasan yang diberi (untuk melaksanakan GST) adalah sebab kekurangan dana.

“Memanglah tak cukup dana sebab rasuah, ketirisan, pembaziran yang berlaku dalam pentadbiran negara,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau turut menempelak saranan kerajaan supaya rakyat mengamalkan budaya berjimat cermat, sedangkan kerajaan terus melakukan pembaziran dana awam.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menggesa supaya pengundi memilih calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan pada 18 Jun nanti sebagai referendum penolakan yang jelas terhadap kepimpinan Najib. – Roketkini.com

SETELAH 1 TAHUN LEBIH MEMERINTAH KERAJAAN PH CADANG KEMBALIKAN GST ATAS ALASAN PERMINTAAN RAKYAT

Justeru wartawan kontroversi Mia Jalipah telah kongsikan sebuah video mengenai isu ini

PH TIADA HALA TUJU?

Selama 500 hari pemerintahan PH, tiada sebarang perubahan drastik yang dilakukan untuk memulihkan ekonomi. – Awang Hashim, MP Pendang

PAKATAN Harapan (PH) telah membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai hala tuju serta polisi ekonomi yang jelas untuk Malaysia. Hal ini akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan pula, ekonomi global yang lembab turut akan memberikan impak yang lebih besar.

Sekiranya kerajaan mahu memperkenalkan semula GST, maka ia perlu dimasukkan dalam Belanjawan 2020. Rakyat tidak mahu banyak ‘flip flop policies’ atau polisi yang tidak konsisten kerana ia akan merugikan banyak perkara lain. Begitu juga dengan penjualan aset.

Dalam Belanjawan 2019, Menteri Kewangan mengatakan akan mengurangkan pegangan kerajaan dalam syarikat tidak strategik dan menggunakan hasil penjualan tersebut untuk mengurangkan hutang. Sebaliknya, apa berlaku? Aset-aset strategik terutamanya ekuiti dijual malah di bawah nilai sebenar dan hasil tersebut tidak diguna untuk mengurangkan hutang.

Selama 500 hari pemerintahan PH, tiada sebarang perubahan drastik yang dilakukan untuk memulihkan ekonomi. Peningkatan hutang langsung kerajaan, penjualan aset strategik, kejatuhan indeks, kerugian syarikat berkaitan kerajaan dan tabungan awam, kenaikan harga barang dan kehilangan pekerjaan adalah antara masalah yang masih gagal ditangani sehingga kini.

Sekian, terima kasih.

AWANG SOLAHUDDIN HASHIM
Ahli Parlimen Malaysia (Pendang)
4 Safar 1441 | 3 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 3/10/2019

Perhatian : artikel dalam web ini diambil dari pelbagai sumber sekiranya didapati ia tidak benar sila pm admin dibawah untuk memadamkannya

PM kami disini — > https://www.facebook.com/MediaVirall/messsages

 

PENGIKLANAN BERBAYAR

ingin jana pendapatan RM100-RM300 setiap hari dengan grab tetapi tiada kereta? kami sediakan kereta untuk disewa khas Area KL dan Selangor sahaja klik disini

berminat iklankan produk anda di blog dan page total 1.2 juta like? PM ka

 

Check Also

Selepas Azmin, Video S*ks mirip Anwar Ibrahim pula tular dalam Youtube

Baru-baru ini kecoh apabila video semburit antara Azmin Ali dan Haziq tular di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!