Home / kisah / MAWAS jelmaan dari manusia yang menuntut ilmu hitam separuh jalan, ilmu tu makan diri.

MAWAS jelmaan dari manusia yang menuntut ilmu hitam separuh jalan, ilmu tu makan diri.

gambar hiasan

Org dulu2 tinggi ilmunya..

—&&&

“MAWAS jelmaan dari manusia yang menuntut ilmu hitam separuh jalan, ilmu tu makan diri.

Atuk aku pernah cerita,masa muda dulu kat Melaka kecoh pasal mawas ni serang kampung, sampai atuk aku plan dgn kwn dia nak pegi bunuh mawas tu.

Lepas tu atuk aku dgn kawan dia pergi jumpa guru silat untuk menuntut ilmu nak lawan mawas tu, guru tu kat ledang kalau tak silap.

Guru tu pesan, “dengan mawas ni kau tak boleh lawan sebab dia kebal, kau cuma perlu tunggu masa dia tidur lepas tu tepuk belankang mawas tu kuat2 , kalau mawas tu tak toleh ilmu kebal dia akan turun kat kau.

Atuk aku dgn kawan dia pun gerak lah ke Melaka balik dan terus ke hutan atas bukit belakang kampung tu, cari punya cari sampai lah kat satu pokok besar gila atas puncak bukit tu.

Kebetulan masa tu mawas tu tengah tidur, kawan atuk aku dah goyang tgk mawas tu, dia suruh atuk aku yg pergi tepuk belakang mawas tu, atuk aku memang berani dia pergi pelan2 belakang mawas tu terus tepuk kuat2, “praPPP” terkejut MAWAS mawas tu.

Mawas tu terus toleh belakang, atuk aku dalam hati “ahhh sudah, ni mati aku ni” kawan atuk aku tu terus lari turun bukit tinggalkan atuk aku menghadap mawas tu.

Atuk aku tak fikir panjang, dia pun lari jugak turun bukit menyusul kawan dia tadi, segala benda ada depan mata semua dia lompat.

Mawas tu kejar turun bukit memang laju, sedepa je jarak dgn atuk aku, sampai je bawah bukit tiba2 kawan atuk aku berhenti lari dan terus DUDUK, atuk aku terkejut terus dia tarik kawan dia suruh lari, kawan dia cakap “aku tak boleh dah, aku penat sgt dah”

Atuk aku lepas tangan kawan dia sebab mawas tu dah dekat sangat, atuk aku lari nyorok(tapuk) belakang pokok, sambil tu dia intai kawan dia yg duduk tu, dia nampak mawas tu berdiri betul2 depan kawan dia sambil merenung dgn mata merah, gigi taring terkeluar.

Tiba2 mawas tu toleh kat atuk aku yg belakang pokok tadi! Pastu dia tinggalkan kawan atuk terus lari menuju arah atuk aku, atuk aku lutut dah goyang dah tak larat lari, dia cuma terpaku kat situ.

Sampai je mawas tu depan muka atuk aku, dengan gigi tajam, mata merah dia merenung, tangan dia naik tinggi dan terus tepuk bahu atuk aku kuat2.

Pastu mawas tu pulak lari, atuk aku kejar dia, mawas tu ‘sepp’ kawan atuk aku yg tgh duduk tu pastu diorang lari sama2, kena kejar dengan atuk aku.

Camtu lah diorang seterusnya sampai petang, sampai dah penat semua balik rumah masing2. Dari jauh terdengar atuk aku berteriak “esok main lagi woi!!”

#Janganmarahhaa

Bani Tenang Malaysia®

Check Also

Rumah tangga porak peranda! rupanya dia terkena sihir kepala taik

Salah satu jenis sihir,yg mna orng yg mnghntr sihir jenis ini,mngamal ilmu kepala taik,inilah yg …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!