Home / Berita / Mursyidul Am PAS dan cerita anjing!

Mursyidul Am PAS dan cerita anjing!

Sebenarnya aku malas nak ambil pusing mengenai muktamar PAS. Namun jika tak bersuara, aku gatal tangan untuk mengulas isu kerjasama PAS – UMNO yang hangat dibahaskan di muktamar PAS sekarang.

ISLAM dan MELAYU. Skrip biasa dan skrip inilah juga yang ‘meracun’ pemikiran ahli PAS supaya percaya akan agenda politik pemimpin PAS dan UMNO. Bagi UMNO, peluang ini digunakan sepenuhnya untuk bangkit kembali setelah kegagalan memalukan. Mereka malu kerana kalah dalam PRU 14, tetapi kurang malu engan dosa-dosa mereka dalam kerajaan terdahulu. Banyak sungguh kemungkaran yang mereka lakukan. Bagi PAS dan UMNO, PH adalah musuh utama. Bagi PAS Islam sudah hancur di bawah PH. Bagi UMNO .. melayu semakin melarat dan menderita di bawah PH.

Ketika UMNO dilihat cuba meneruskan survivor politik mereka, PAS pula mencari rakan sekutu yang lebih kuat untuk turut serta merasai nikmat bergelar ahli kabinet, Menteri dan sebagainya. Rasa cemburu ketika pemimpin AMANAH telah mengecapi nikmat tersebut suddah tidak dapat diselindung lagi.

Demi mengejar cita-cita yang tidak berkesudahan, mereka sanggup bekerjasama dengan UMNO. Sampai membawa perumpamaan cerita anjing dalam kisah seperti di bawah.

Sebenarnya cerita itu tidak ada cacat celanya. Betul, dua ekor anjing yang berebut tulang akhirnya berdamai untuk menyerang serigala.

Kita patah balik sedikit beberapa bulan terdahulu. Kita hanya perlu tukar serigala tersebut kepada Barisan Nasional. Apakah ruang dan peluang telah diberikan kepada PAS untuk bersama-sama dengan Pakatan Harapan, lalu menyerang serigala bersama-sama.

APA JAWAPAN PAS KETIKA ITU? Seluruh rakyat memahami apa tidndakan PAS ketika itu.

Aku melihat PAS hanya menggunakan pelbagai hujah yang melucukan. Mengambil kesempatan dan memaksa ahli untuk percaya dengan hujah mereka. Sebenarnya hujah tersebut sangatlah melucukan.

Pemimpin PAS membuat pelbagai hujah untuk ‘MENGHALALKAN’ kerjasama mereka untuk menang PRU 15. Ini tidak dapat ddisangkal. Hanya untuk menang PRU 15. Biarlah parti UMNO itu jugalah yang mereka tentang berpuluh tahun. Biarlah mereka sedar bahawa UMNO dan pemimpin di dalamnya jugalah yang merosakkan MALAYSIA.

Sebagai rujukan, sila baca petikan di bawah;

Ketika isu kerjasama antara PAS dan Umno menjadi tumpuan di Muktamar PAS ke-64 yang sedang berlangsung, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin menyeru ahli mengambil iktibar kisah pergaduhan dua anjing dan serigala.

Berucap di Muktamar Dewan Pemuda PAS beliau berkata, dua ekor anjing yang sedang bergaduh akan menghentikan pergaduhannya apabila munculnya serigala.

“Dua ekor anjing sedang bergaduh kerana berebut tulang, tiba-tiba datang seekor serigala.

“Kedua-dua anjing tersebut berhenti bergaduh dan bertindak menyerang serigala kerana sedar serigala itu adalah musuh utama mereka.

“Itu anjing pun boleh berfikir. Jadi sekarang musuh utama kita siapa?” katanya.

Terdahulu Hashim berkata, Majlis Syura Ulama bermesyuarat antaranya membangkitkan isu semasa yang dirasakan perlu untuk dibincangkan kemungkinan wujud masalah dalam kerjasama dengan Umno.

Katanya, sekarang bukan masa sesuai untuk bergaduh dengan Umno dengan suasana orang Melayu berpecah kepada lima parti.

“Kita telah pun mendapat maklumat ada pemimpin di kalangan pemuda dan muslimat yang akan bangkitkan dan menentang habis-habisan.

“Tolonglah belajar daripada kisah anjing tadi. Sesuai ke masa ini untuk kita fikir gaduh dengan Umno?

“Memang kita tak setuju dengan Umno yang buat macam-macam, itu kita tak lupa. Tetapi sekarang musuh utama, apa patut kita buat dan dengan siapa kita berkawan,” jelasnya. Malaysia Kini

Check Also

pertandingan seksi & menjijikkan! penganjur dah minta maaf – KPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!