Home / Kesihatan / “Orang kata makan ubat ni dapat kecilkan kansEer, betul ke doktor? Ada yang kata hilang terus, tak perlu operate dah”

“Orang kata makan ubat ni dapat kecilkan kansEer, betul ke doktor? Ada yang kata hilang terus, tak perlu operate dah”

HARAPAN

Tempoh hari, pesakit saya meniinggal duniia.

Dia menghiidap barah hati peringkat ke-4 (stage 4 liver cancer). Dari mula diagnosis dibuat, saya sudah tahu dia tidak akan hidup lama. Sudah ditakdirkan, cuma 2 bulan Allah beri lebihan masa sebelum rohnya dijemput kembali. Innalillah..

Saya selalu bertanya pada HO atau medical student, “What is the most dangerous thing that you can give to a patient with terminal cancer?”

H.O.P.E.

H.A.R.A.P.A.N.

Itulah perkara yang paling berbahaya. Saya juga selalu memesan, bila kita rawat pesakit sebegini, ingatlah yang kita sebenarnya perlu lebih “merawat” keluarga mereka. Bukannya pesakit itu.

We are not God. Whatever we do, it will not change the outcome. Bos saya dulu selalu berseloroh, rawatan penyakit hanya satu. IV Yaasiiinnn…

Bercakaplah sentiasa dengan keluarga mereka. Berterus terang, berlaku jujur, beritahu mereka perkara sebenar. Dan yang paling utama, jangan beri mereka HARAPAN!

“He is going to die.”
“Dia akan matii.”

Betul, bunyinya tersangatlah keejam. Tapi ada masanya, kita perlu bertindak ‘keejam’ dalam menyampaikan kebenaran.

Ada 5 peringkat berkabung (grief):
Penyangkalan (Denial)
Marah (Anger)
Tawar-menawar (Bargaining)
Kemurungan (Depression)
Penerimaan (Acceptance).

“Tak mungkin, saya tak percaya cakap doktor. Kami nak dapatkan second opinion.”

“Mak la ni, dari dulu saya suruh jumpa doktor, mak degil! Doktor apa macam ni!? Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi bodoh kata takde ubat!”

“Doktor, kalau saya nak cuba rawatan alternatif boleh? Tolonglah doktor, takde cara lain ke?”

“Ya Allah…………………….”

“Kami terima doktor. Sudah qada’ dan qadar Tuhan.”

Anda perlu bawa mereka segera ke tahap “acceptance” itu. Urusan dunia harus diselesaikan sempurna. Kita tidak mahu perbalahan sesama keluarga. Barulah “end-of-life care” lebih mudah buat semua. Kita tidak mahu pesakit berterusan merana.

Janganlah bila sudah dekat masanya, baru mula buka bicara. Janganlah dua bulan lepas, sudah tertulis rawatan paliatif (palliative care) tapi baru hari ini hendak buat keluarga faham. Paling teruk, sejak dua bulan lepas mereka masih menaruh HARAPAN.

Minggu lepas di klinik, saya beritahu seorang wanita berusia 42 tahun dia disahkan menghiidap baarah paayudara. Percayalah, tiada yang lebih mengejutkan daripada menerima berita anda menghidap penyakit baarah.

Suaminya hanya tunduk menerima berita. Anak-anak mereka riuh gembira bermain kejar-kejar dalam bilik sempit itu. Yang paling kecil, saya kira baru berusia 4 tahun.

Sudah 6 bulan simptom dibiarkan begitu sahaja. Raut wajahnya, jelas dalam “denial”. Saya perjelaskan perjalanan hidup yang bakal ditempuhi selepas ini. Dan saya tidak sembunyikan. Perkataan “mat1i” tetap saya ungkapkan.

Malang baginya, ketumbuhan itu sudah besar, tidak dapat dibedah sekarang. Kemungkinan besar perlu rawatan kemoterapi sebelum pembedahan. Dia hanya diam.

Di akhir perundingan, setelah semuanya jelas, saya tanya jika mereka ada apa-apa persoalan. Pesakit itu bertanya, “Kalau tidak buat kemoterapi boleh ke doktor?”

Suami mengeluarkan sebuah kotak yang terkandung sebotol ubat. Pesakit menambah, “Orang kata makan ubat ni dapat kecilkan kanser, betul ke doktor? Ada yang kata hilang terus, tak perlu operate dah”.

Di kala itu, hati saya terdetik. Rupa-rupanya, saya silap mengajar HO dan medical student. Rupa-rupanya, ada perkara yang sebenarnya lebih berbahaya daripada HARAPAN.

F.A.L.S.E. H.O.P.E.

H.A.R.A.P.A.N. P.A.L.S.U.

Saya cuma bertanya, “Berapa harga sebotol?” dan “Berapa lama nak kena makan?” Mereka jawab “RM80 sebotol” dan “Entah, makan sampai sembuh rasanya”.

Saya menggelengkan kepala. Dalam hati, saya cuma mampu berkata, celakalah manusia yang mengaut keuntungan daripada kesusahan dan kesedihan manusia lain!

– Dr. Aimir Ma’rof -PQ Community

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Ind!a m*buk langgar peniaga hingga mat! diikat jamin RM8000 dan tidak mengaku salah

video & 14 gambar : Tanah perkuburan islam dibakar, masjid dibaling batu di Melaka

Panggil cikgu pondan, rupanya budak dirotan kaki pub dan pelajar bodoh!- netizen buka rahsia

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Check Also

10 petua paling berkesan merawat keputihan

10 petua paling berkesan merawat keputihan

10 petua paling berkesan merawat keputihan|setuju tak kalau kami cakap bahawa keputihan yang berlebihan boleh …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!