Home / isu semasa / *‘Pak Cik’ Beli iPhone 11 Disindir Suruh Pergi Umrah, Lelaki Ini Rupanya…

*‘Pak Cik’ Beli iPhone 11 Disindir Suruh Pergi Umrah, Lelaki Ini Rupanya…

*‘Pak Cik’ Beli iPhone 11 Disindir Suruh Pergi Umrah, Lelaki Ini Rupanya Doktor Pakar Terbaik Di Kelantan*

 

Buka sahaja mana-mana media sosial, pasti gambar model telefon terbaharu keluaran syarikat Apple iaitu iPhone 11 melintas di timeline. Telefon pintar yang harganya bermula daripada RM3,399 itu baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 27 September lepas.

 

Pada masa yang sama, wajah-wajah awal yang memiliki telefon itu turut tular di laman sosial. Namun begitu, ada segelintir warganet yang kurang senang melihat rezeki orang lain.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang merupakan pelanggan terawal membeli iPhone 11 Pro Max di Kota Bharu Trade Centre, Kelantan.

Hanya kerana lelaki itu kelihatan sudah berusia dan mengenakan kopiah, beliau disindir warganet supaya pergi menunaikan umrah daripada berhabisan wang membeli telefon pintar.

Memang sudah menjadi lumrah masyarakat kita yang sering menilai dan menghukum seseorang dari luaran. Ternyata, ‘pakcik’ itu bukanlah calang-calang orangnya apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan individu tersebut sebenarnya merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta.

Tweet tersebut berjaya mencuri perhatian rata-rata warganet di mana ia mendapat lebih 23,000 ulang kicau dan 16,000 tanda suka dalam sekelip mata sahaja.

Sebaik sahaja tweet berkenaan tular, ramai pengguna laman tersebut yang tampil memberikan maklum balas positif tentang doktor pakar yang dikenali sebagai salah seorang pakar terbaik di Kelantan.

Jadi, benarlah apa yang diperkatakan selama ini iaitu jangan menilai seseorang daripada rupa atau penampilan luaran semata-mata. Mat Salih cakap, “Don’t judge a book by its cover.”

https://ift.tt/2ma66mF

*ADMIN 😷 JUST 4 INFO, KĔLATE 📡*

PAGE-Info Berita Semasa Dalam Dan Luar Negara

Perhatian : artikel dalam web ini diambil dari pelbagai sumber sekiranya didapati ia tidak benar sila pm admin dibawah untuk memadamkannya

PM kami disini — > https://www.facebook.com/MediaVirall/messsages

 

PENGIKLANAN BERBAYAR

ingin jana pendapatan RM100-RM300 setiap hari dengan grab tetapi tiada kereta? kami sediakan kereta untuk disewa khas Area KL dan Selangor sahaja klik disini

berminat iklankan produk anda di blog dan page total 1.2 juta like? PM kami

Check Also

PENIAGA ASING PASAR BORONG SELAYANG,Dah macam jalan dekat NERAKA-sesak

PENIAGA ASING PASAR BORONG SELAYANG SEMPADAN MPS SELAYANG & DBKL Bagus bahagian penguatkuasa sekarang banyak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!