Home / Teknologi / Pengecas Pantas Tidak Disertakan Dengan Pembelian iPhone XS, XS Max Dan XR – Amanz

Pengecas Pantas Tidak Disertakan Dengan Pembelian iPhone XS, XS Max Dan XR – Amanz

Peminat iPhone pasti bangun pagi ini dengan sedikit perasaan Dejavu. Ketiga-tiga peranti iPhone XS, XS Max dan XR yang diumumkan di acara khusus iPhone dini hari ini sekali lagi menyokong pengecasan pantas sehingga 18W. Malang sekali pisang berbuah dua kali dan Apple masih tidak menyertakan pengecas pantas dengan setiap pembelian sekaligus menidakkan ura-ura pemberiannya sebelum ini.

Hanya pengecas 5W, EarPod Lightning dan kabel pengecas diberikan sebagai aksesori dengan setiap pembelian. Ini adalah amat mendukacitakan kerana peranti terkini iPhone dijual pada harga bermula dari $749 (~RM 3108) sebuah. Bagi pengguna Android, pengecas pantas yang menyokong QuickCharge 3.0 kerap diberikan percuma. Bagi mereka yang mahukan pengecasan pantas untuk iPhone, pengecas rasmi boleh dibeli pada harga bermula dari RM79 sebuah.

Check Also

Apple iPhone X Dihentikan Jualan – Harga iPhone 7 Dan iPhone 8 Dikemaskini, Bermula RM2199 – Amanz

Bersama-sama pengumuman tiga iPhone baru, iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR, pihak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!