Home / Teknologi / Pengguna iPhone Sedia Ada Boleh Naik-Taraf Ke iOS 12 Bermula 17 September – Amanz

Pengguna iPhone Sedia Ada Boleh Naik-Taraf Ke iOS 12 Bermula 17 September – Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan beberapa model iPhone baru yang hadir secara terbina bersama sistem operasi iOS 12. Bersama-sama dengannya, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru untuk pengguna, termasuk kawalan masa penggunaan peranti melalui Screen Time, sokongan realiti-gabungan lebih baik, notifikasi yang boleh disatukan, penambah-baikkan pada Siri, selain kemaskini untuk aplikasi seperti Photos dan Apple Books.

Apple iOS 12

Untuk pengguna iPhone sedia ada, anda akan ditawarkan dengan kemaskini sistem operasi ini bermula 17 September kelak, iaitu mulai minggu hadapan.

Apple mengatakan sistem operasi iOS 12 ini akan menyokong semua peranti iOS sedia ada yang menjalankan iOS 11 – termasuk iPhone dan juga iPad.

Check Also

Apple iPhone X Dihentikan Jualan – Harga iPhone 7 Dan iPhone 8 Dikemaskini, Bermula RM2199 – Amanz

Bersama-sama pengumuman tiga iPhone baru, iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR, pihak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!