Home / Teknologi / Pengguna MacBook Boleh Memuat-Turun macOS Mojave Mulai 24 September – Amanz

Pengguna MacBook Boleh Memuat-Turun macOS Mojave Mulai 24 September – Amanz

Selain kemaskini untuk peranti mudah-alih, Apple juga kini turut telah mengumumkan tarikh pelancaran kemaskini untuk sistem operasi komputer mereka, macOS.

Versi akan datang bakal dikenali dengan nama macOS Mojave, dan ditawarkan secara percuma kepada pengguna Mac sedia ada bermula 24 September kelak.

Apple MacBook

Bersama-sama dengan kemaskini sistem operasi ini, ia menyertakan sejumlah ciri baru, termasuk kawalan tema gelap, kemudahan untuk pengurusan fail dan dokumen, penyertaan sejumlah aplikasi baru, rekaan baru untuk Mac App Store, dan ciri-ciri lain bersama-sama dengannya.

Pengguna MacBook, iMac dan sebagainya boleh tandakan kalendar anda pada 24 September ini, dan memuat-turunnya pada tarikh berkenaan.

Check Also

Apple iPhone X Dihentikan Jualan – Harga iPhone 7 Dan iPhone 8 Dikemaskini, Bermula RM2199 – Amanz

Bersama-sama pengumuman tiga iPhone baru, iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR, pihak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!