Home / politik / Perjanjian PKR, DAP,AMANAH dan PPBM mengancam kedudukan Islam di Malaysia! bekas Ketua Hakim beri amaran

Perjanjian PKR, DAP,AMANAH dan PPBM mengancam kedudukan Islam di Malaysia! bekas Ketua Hakim beri amaran

*AMARAN BEKAS KETUA HAKIM – KESAN UBAH KEDUDUKAN ISLAM AGAMA RASMI*

Saya ditunjuk Perjanjian Bersama Kerangka Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 13 Disember 2016. Terdapat dua pihak dalam perjanjian itu. Di satu pihak ialah PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan di satu pihak lagi PPBM. Ia dibuat di Petaling Jaya dan ditandatangani oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Haji Mohamad Sabu (Amanah) dan Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (PPBM).

Klausa 1(1) Perjanjian itu, antara lain, menyebut:

“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan _*bebas*_, aman dan damai…..”

Perhatikan bahawa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang memperuntukkan, antara lain:

“3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai….”

Perhatikan bahawa perkataan _*“bebas”*_ telah ditambah. Apakah kesannya?

Kesannya ialah, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan larangan. Ini termasuk:

1. Orang bukan Islam tidak boleh dihalang daripada pengembangan (propagation) agama mereka kepada orang Islam kerana itu adalah sebahagian daripada ajaran agama mereka.

2. Mereka mempunyai alasan untuk menuntut supaya dibina atau untuk membina gereja dan to’kong-to’kong mereka di tempat-tempat awam, termasuk di kampus-kampus universiti.

3. Cara mereka beribadat juga tidak boleh disekat. Misalnya, di bulan hantu lapar, mereka boleh meletakkan babi panggang di luar to’kong mereka, termasuk di dalam kampus universiti, kerana menjamu hantu lapar adalah sebahagian daripada ibadat mereka di bulan itu.

Ringkasny, tujuan mereka menambah perkataan “bebas” itu ialah untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan agama Islam di segi pentadbiran, termasuk penggunaan dana kerajaan. Perlu ditekankan bahawa semua itu boleh dilakukan secara pentadbiran, tanpa meminda Perlembagaan.

Nampaknya ketiga-tiga pemimpin Melayu/Islam itu sama ada tidak nampak, tidak peduli, hendak mengambil hati Lim Guan Eng atau sudah diperbodohkan oleh Lim Guan Eng. Ini orang Melayu/Islam perlu sedar.

08 05 2018

Oleh
*Tun Abdul Hamid Mohamad*

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

 

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

lihat apa yang berlaku bila geng-geng perempuan naik bas separa b*gel

perempuan cantik ‘dikenduri’ orang gaji selepas balik dalam keadaan Mabuk

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Kecoh! tak mahu Anwar jadi PM Mahathir bawa BERSATU bergabung dengan UMNO?

Tiba-tiba jatuh sakit! netizen doakan Waytha Moorthy cepat meninggal

Video : kecoh! lelaki jerit nampak hantu di trafik light lihat apa yang berlaku selepas itu

Check Also

400 hari berkuasa, Kerajaan PH jual lebih RM20 bilion aset negara

1. GENAP 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual. Secara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!