Home / Berita / pertandingan seksi & menjijikkan! penganjur dah minta maaf – KPM

pertandingan seksi & menjijikkan! penganjur dah minta maaf – KPM

Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang berdiri

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian yang menampilkan peserta persembahan memakai pakaian menjolok mata di sebuah hotel di Ipoh, Perak, pada Sabtu.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching kepada Astro AWANI melalui satu kenyataan media yang dihantar penganjur JJ & Alice Danceworld.

Penganjur pertandingan, JJ & Alice Danceworld dalam satu kenyataan pada Ahad membuat permohonan maaf selepas gagal mematuhi kod pakaian dalam dua majlis iaitu Perak MUDA Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019.

Alice Ho berkata, KPM dan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (MUDA) telah menyatakan kod pakaian yang harus dipatuhi, namun pihaknya mendakwa terlepas pandang dan tidak memaklumkan perkara itu kepada peserta pertandingan.

Kenyataan media penganjur

“Kami memohon maaf atas kesilapan kami yang telah memberi kesan kepada KPM dan MUDA.

“Kami amat kesal dengan apa yang berlaku terutamanya penyalahgunaan logo KPM sebagai hiasan pentas tanpa membuat sebarang penyelarasan terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Alice, dia turut memohon maaf kepada KPM dan MUDA atas segala kesulitan termasuk menjejaskan reputasi dan kedudukan kedua-dua pihak itu disebabkan kesilapan daripada pihaknya.

Terdahulu, gambar-gambar peserta pertandingan tarian itu tular di media sosial dengan rata-rata netizen mengecam tindakan KPM yang dilihat turut terlibat dalam majlis yang dianggap tidak bermoral itu.

KPM telah menerima kecaman selepas didakwa menjalin kerjasama dalam menganjurkan pertandingan tarian tersebut.

 

 

 

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Ind!a m*buk langgar peniaga hingga mat! diikat jamin RM8000 dan tidak mengaku salah

video & 14 gambar : Tanah perkuburan islam dibakar, masjid dibaling batu di Melaka

Panggil cikgu pondan, rupanya budak dirotan kaki pub dan pelajar bodoh!- netizen buka rahsia

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Check Also

Pencemaran gas beracun : Kerajaan PH Johor tak serik-serik

PETALING JAYA: Mohamed Khaled Nordin mendakwa kerajaan Johor tidak mengambil pengajaran daripada insiden pembuangan sisa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!