Home / Berita / Presiden Patriot salahkan Najib Dividen LTAT hanya 2%

Presiden Patriot salahkan Najib Dividen LTAT hanya 2%

PERSATUAN Patriot Kebangsaan (Patriot) senada dengan kepimpinan kerajaan dalam isu dividen rendah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan menyifatkan ia berpunca daripada kelemahan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji berkata, dividen LTAT sebanyak 2 peratus iaitu yang paling rendah dalam sejarah adalah berpunca daripada kelemahan pentadbiran terdahulu.

“Najib mengkritik kerajaan untuk prestasi buruk LTAT ketika ini sedangkan sebenarnya masalah itu berpunca daripada mereka,” kata Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata terdapat lebihan bayaran dividen daripada tahun kewangan 2014 hingga 2018 dan ia telah menjejaskan baki pendapatan.

“Pulangan aset lima tahun lebih rendah daripada kadar dividen yang diumumkan, dan ini menyebabkan LTAT membayar dividen pada kadar yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya,” katanya.

Najib sebelum ini dengan sinis mempertikaikan alasan kerajaan dalam isu tersebut sedangkan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), LTAT mencatatkan prestasi membanggakan sehingga mampu memberikan purata dividen mencacah 14 peratus dalam tempoh sembilan tahun.

Untuk rekod, kerajaan BN di era Najib, dividen dan bonus LTAT pada tahun 2009 adalah sebanyak 14%, 2010: 14%; 2011: 15%; 2012: 16%; 2013: 16% 2014; 15%; 2015; 12%; 2016: 12%; dan 2017: 12.5%.

“Tapi kita telah memberi dividen yang tinggi untuk 9 tahun berturut-turut masa saya PM. Purata dividen dan bonus tahunan sepanjang tempoh ini adalah 14.1% setahun.

“Kenapa pula kita tidak mengalami situasai “pelaburan tidak munasabah” sepanjang tempoh itu?

“Memang langsung tiada kaitan dengan pasaran saham Malaysia yang paling corot dalam dunia dan ekonomi Malaysia yang terus merosot selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) ke? Soal Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Arshah menggesa ahli politik dan orang ramai menunggu sehingga siasatan terperinci dijalankan dan laporan akhir mengenai penyelewengan yang dijumpai oleh juruaudit yang dilantik.

“Patriot menggesa agar semua penyelewengan yang ditemui oleh juruaudit didedahkan kepada umum supaya pendeposit dan pelabur dapat kembali yakin dengan LTAT.

“Sekiranya terdapat penyalahgunaan atau konflik kepentingan dalam pengurusan kewangan oleh mana-mana ahli lembaga sebelumnya, maka dakwaa yang sewajarnya perlu dikenakan kepada pesalah,” katanya.

sumber : https://newmalaysianpost.com/2019/10/02/dividen-ltat-hanya-2-presiden-patriot-juga-salahkan-najib

Perhatian : artikel dalam web ini diambil dari pelbagai sumber sekiranya didapati ia tidak benar sila pm admin dibawah untuk memadamkannya

PM kami disini — > https://www.facebook.com/MediaVirall/messsages

Pengiklanan berbayar

ingin jana pendapatan RM100-RM300 setiap hari dengan grab tetapi tiada kereta? kami sediakan kereta untuk disewa khas Area KL dan Selangor sahaja

Check Also

Ekstremis Hindu Arunakirinathan serang dan fitnah Firdaus Wong disaman RM 2 Juta

[Saman Fitnah RM2Juta Terhadap Esktrimis] Saman fitnah RM2juta telah difailkan oleh peguam saya di Mahkamah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!