Home / politik / PRK Tanjung Piai : SPR bantu PH untuk menang kata Anwar Musa

PRK Tanjung Piai : SPR bantu PH untuk menang kata Anwar Musa

PETALING JAYA: Umno mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai sewaktu parti itu mengadakan perhimpunan agung tahunan parti berkenaan iaitu pada 13 hingga 16 November depan.

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa mendakwa keputusan SPR menetapkan PRK itu pada 16 November depan sebagai salah satu usaha membantu Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusinya di Parlimen berkenaan.

“Mereka harapkan dengan cara sedemikian ia akan menjadi kekurangan besar kepada Umno dan secara tidak langsung SPR cuba membantu PH khususnya PPBM memenangi semula kerusi Parlimen Tanjung Piai.

“Tindakan ini menguatkan lagi bukti pemerintah akan terus bertindak menyalahgunakan setiap jentera kerajaan untuk kekal berkuasa dan menghalang kebangkitan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, SPR menetapkan PRK Parlimen Tanjung Piai, Johor diadakan pada 16 November depan. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan 2 November depan, manakala tarikh mengundi awal pada 12 November.

Annuar berkata, Umno akan bawa isu ini ke peringkat jawatankuasa pengurusan parti dan sudah tentu walau apa cara sekalipun Umno tidak akan membiarkan PH menang secara mudah.

“Pembangkang ingin menegaskan, walau apa jua halangan dan rintangan, kami tetap bersama rakyat untuk berjuang menolak segala penipuan, pembohongan serta kegagalan sebuah kerajaan.

“Kita tidak akan biarkan mereka mudah mengikat kaki dan tangan pembangkang demi mencari kemenangan, Umno akan meletakkan keutamaan tinggi dalam membawa suara dan aspirasi rakyat,” katanya.

Annuar berkata, Umno berazam untuk bangkit bersama rakyat yang berbilang bangsa untuk menewaskan PH di kawasan yang mereka wakili, khususnya di Tanjung Piai.

“Ini peluang keemasan bagi kita rakyat membuktikan kuasa rakyat yang sebenar. Ayuh bersama kita hukum PH di Tanjung Piai,” katanya.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya, Md Farid Md Rafik, 43 yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, kira-kira jam 6 pagi 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Farid yang juga naib ketua PPBM Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen itu pada PRU14 dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandangnya, Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan 53,528 pengundi berdaftar pada PRU-14, memiliki komposisi kaum terdiri daripada 56.8% Melayu, 41.64% Cina, 1.01%s India dan lain-lain 0.55%.

Check Also

Selepas Azmin, Video S*ks mirip Anwar Ibrahim pula tular dalam Youtube

Baru-baru ini kecoh apabila video semburit antara Azmin Ali dan Haziq tular di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!