Home / Informasi / Sebuah masjid baru yang dibina menyerupai model Masjidilharam, Mekah bernilai lebih RM23 juta di Gua Musang

Sebuah masjid baru yang dibina menyerupai model Masjidilharam, Mekah bernilai lebih RM23 juta di Gua Musang

Sebuah masjid baru yang dibina menyerupai model Masjidilharam, Mekah bernilai lebih RM23 juta di Gua Musang, Kelantan bakal menjadi mercu tanda terkini untuk menarik para pelancong seluruh dunia untuk ke Kelantan.

Pembinaan masjid yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di atas tanah berkeluasan 1.5 hektar itu dijangka mampu menampung sehingga 5,000 jemaah.

Kredit: Utusan & Uayasan Ak-Khalifah.

Idrus Ishak Terbaik dan bertaraf dunia
Mat Brie Jgn ada yg tawaf kt situ sudahh..😂

Ada di antara masjid ini dipenuhi oleh golongan Syiah tetapi diharapkan supaya pembaca tidak cepat melontarkan komen negatif kepada masjid-masjid ini kerana yang salah bukan masjid, tetapi mereka yang mungkin terpesong daripada ajaran Islam seperti sesetengah golongan Syiah.
10. Masjid Istiqlal

 

Masjid ini terletak di negara jiran kita iaitu Indonesia dan ia mampu memuatkan sehingga 200,000 orang yang datang untuk beribadat. Kebanyakkan penduduk ibu kota Indonesia akan hadir ke masjid untuk menunaikan solat terutama solat jumaat. Masjid utama Jakarta ini siap dibina pada tahun 1978 dan masjid ini dibina untuk mengingati peristiwa kemerdekaan Indonesia. Nama Istiqlal diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud “kemerdekaan”

9. Masjid Asfi (Bara Imambara)

 

Masjid Asfi ini terletak dalam kompleks Imambara atau dikenali sebagai Bara Imambara bagi rakyat India. Masjid ini dibina pada tahun 1784 oleh Asaf-ud-Daula iaitu seorang pemerintah di Awadh yang terletak di Lucknow, India. Masjid ini dikatakan dipenuhi dengan penduduk Syiah ketika mereka melakukan ibadah mereka. Ia mampu memuatkan 350,000 orang dan mempunyai keluasan sebesar 350,000 m².

8. Masjid Sheikh Lotfollah

 

Masjid ini terletak di Isafahan, Iran dan mula dibina pada tahun 1603. Ia mengambil masa sehingga 16 tahun untuk dibina dan ketua arkitek bagi masjid ini merupakan Shaykh Bahai sebelum diubahsuai pada tahun 1920 oleh Ustaz Mohammad Reza Isfahani. Masjid ini boleh memuatkan sehingga 500,000 orang selain mempunyai keluasan 200,500 m² dan banyak dikaitkan sebagai tempat utama Syiah beribadah.

7. Majid Imam Reza

 

Masjid Imam Reza merupakan sebuah masjid yang terletak dalam tempat keramat Imam Reza. Masjid ini terletak di Mashhad, Iran dan seperti yang umum mengetahui masjid-masjid di negara Iran merupakan tempat utama bagi golongan Syiah. Ia mampu memuatkan sehingga 500,000 orang dan keluasannya dianggarkan sebesar 600,000 m². Masjid ini siap dibina pada tahun 818 masihi dan masih digunakan sehingga hari ini

6. Masjid Shah isfahan

 

Masjid ini juga terletak di negara Iran dan antara tempat utama bagi penduduk kawasan Isfahan untuk datang beribadat. Ia mula dibina pada tahun 1611 di mana proses pecah tanah berlaku dan telah siap dibina pada tahun 1629. Bangunan bersejarah ini mampu memuatkan sehingga 700,000 orang dan mempunyai keluasan bersaiz 400,500 m². Ia juga didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO.

5. Masjid Imam Ali

 

Masjid bersejarah ini siap dibina pada tahun 977 dan ia merupakan tempat simpannya makam Saidina Ali RA. Ini merupakan tempat utama bagi penduduk Najaf di Iraq dan sudah tentulah ia dipenuhi dengan golongan Syiah. Masjid ini telah dibina tiga kali setelah berlakunya kerosakkan yang pertama akibat kebakaran yang memusnahkan masjid ini. Ia mampu memuatkan sehingga 800,000 orang dan mempunyai keluasan bersaiz 300,500.

4. Masjid Jamkaran

 

Masjid Jamkaran terletak di Qom, Iran dan juga salah satu tempat bagi penduduk Syiah di Iran untuk beribadat. Tempat bersejarah ini siap dibina pada tahun 984 dan mampu memuatkan sehingga 800,000 orang dan bersaiz 305,500 m². Masjid ini didana oleh Hasan bin Muslim hasil daripada pendapatan yang dikumpul daripada berkebun di ladang.

3. Masjid Imam Husain dan Masjid Al Abbas

 

Masjid ini merupakan tempat bersejarah dan terletak di Karbala, Iraq. Ia siap dibina pada tahun 680 tetapi telah berlaku banyak ubah suai sepanjang ia siap dibina sehingga sekarang. Nama masjid ini diberikan bagi mengingati kedua-dua Imam Husain dan Imam Al-Abbas. Keluasan masjid ini ialah 390,550 m² dan ia mampu memuatkan sehingga 1 juta orang.

2. Masjid Nabawi

 

Alhamdulillah masih terdapat masjid yang terlindung daripada golongan Syiah. Masjid ini dibina oleh baginda Rasulullah S.A.W dan merupakan masjid ketiga yang dibina dalam sejarah Islam. Ramai yang terkeliru kerana menganggap masjid ini merupakan masjid pertama tetapi masjid pertama ialah Masjid Quba. Masjid Nabawi terletak di bandar Madinah dan mempunyai keluasan 400,000 m² dan mampu memuatkan sehingga 1 juta orang.

1. Masjidil Haram

 

Pasti sudah ramai mengetahui masjid yang paling besar di dunia dan merupakan tempat suci bagi umat Islam. Masjidil Haram dibina sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi dan ia diperbesarkan oleh kerajaan Arab Saudi sehingga keluasannya meningkat kepada 400,000 m². Apa yang paling menakjubkan ialah bangunan suci ini mampu memuatkan sehingga 4 juta umat Islam.

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

lihat apa yang berlaku bila geng-geng perempuan naik bas separa b*gel

perempuan cantik ‘dikenduri’ orang gaji selepas balik dalam keadaan Mabuk

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Kecoh! tak mahu Anwar jadi PM Mahathir bawa BERSATU bergabung dengan UMNO?

Tiba-tiba jatuh sakit! netizen doakan Waytha Moorthy cepat meninggal

Video : kecoh! lelaki jerit nampak hantu di trafik light lihat apa yang berlaku selepas itu

Check Also

Cara Menghias Rumah

Kesibukan Puan Hajah Siti Zubaidah Abd Jabar, bertugas sebagai Kontroler Pembangunan Wilayah Utara(KPWU) di PKNS, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!