Home / kisah rumah tangga / Solat istikharah pertunjuk suami berz!na dengan bini orang

Solat istikharah pertunjuk suami berz!na dengan bini orang

Dulu saya dengan ex husband kahwin dah 6 tahun & ada seorang anak. Memang ex seorang loving husband & sangat romantik.

Tapi selama 6 tahun kahwin dia berkali-kali kantoi curang. Saya tahu sebab terbaca mesej sweet2 dia dengan perempuan lain. Masa kami baru 3 bulan kahwin pun dia dah curang kantoi bersayang-sayang dengan kawan sekerja dia. Then 2 tahun lepas tu kantoi bercinta dengan janda pulak.

Saya memang nak bercerai je masa tu sebab saya fikir saya nak hidup sendiri tanpa ada org nak sakitkan hati. Lagi pun ada kerjaya sendiri yg bagus & belum ada anak masa tu tapi dia merayu2 supaya jgn tinggalkan dia & janji tak kan buat lagi. Saya kalah dgn pujuk rayu dia & saya terima dia balik.

Memang dia jadi makin loving & romantik. Kami dah ok lepas tu jarang dah gaduh. Dia selalu jadi imam solat, selalu pergi masjid & selalu baca taklim pada saya.

Lepas 4 tahun kawen saya disahkan mengandung anak pertama.Alhamdulillah happynya masa tu.

Tapi lepas beranak..saya rasa dia mula dingin dengan saya especially bab hubungan intim. Dia makin sibuk dengan kerja & kdg2 tak balik rumah. Dia keje kerajaan sambil buat part time bisness..

Saya faham dia sibuk cari duit tapi tak tahu kenapa saya selalu rasa tak sedap hati tak tahu kenapa. Rasa macam suami curang tapi tak ada nampak apa2 bukti. Saya buat solat istikharah hari2 mintak petunjuk dari Allah. Saya tak jumpa bukti tapi hampir setiap hari saya mimpi ex sedang beromen dengan perempuan lain.

Saya tersedar dari mimpi memang menggigil satu badan takut kalau benda tu betul2 terjadi. Saya tanya ex, dia cakap nauzubillah kalau dia buat mcm tu. Mainan tidur je tu katanya.

Tapi min, Allah Maha Besar..akhirnya terbongkar kecurangan dia paling teruk iaitu kantoi berz!na dengan bini orang..saya tahu pu sebab bini org tu sendiri mesej saya & mengaku dia dah terlanjur dengan suami saya..dia mesej dia takut suami dia cari suami saya..

Pompuan tu bissness partner ex saya.Masa tu Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati saya..ex tak mengaku tapi bukti wasap yg pompuan tu tunjuk dah cukup buat saya percaya..saya tanya perempuan tu kenapa ganggu suami saya walaupun dah ada suami..dia cakap suami saya yang nak & lagipun dia ingat mula2 suami saya bujang. So dia layan lah..Ya Allah perempuan bertudung & melayu boleh jawab dengan selamba macam tu.. saya speechless masa tu tak tahu nak cakap apa..

Tak lama lepas tu ada pulak janda datang jumpa saya kata suami saya dah lama janji nak kahwin dengan dia tapi sampai sekarang bertangguh . pompuan tu pakai tudung labuh berstokin bagai katanya dia sanggup bermadu sebab nak sangat kahwin dgn suami saya.Allah nak tunjuk sekelip mata je min semua kecurangan dia berkat doa & solat istikharah saya hari2.

Lepas tu memang saya tekad nak bercerai & nak bawak diri dengan anak pindah jauh dari situ. Dia merayu macam mana pun saya dah tak layan. Hati saya dah hancur sangat2. Kecurangan sampai tahap zina memang tak boleh diterima dek akal.

Jadi advise saya pada puan tg byk kan buat solat istikharah. Allah boleh bagi petunjuk bila2 masa je dalam pelbagai bentuk.

Sekarang ni dah hampir 4 tahun berlalu and saya pun berkahwin baru dah hampir 2 tahun tapi setakat ni tak ada lagi rasa tak sedap hati dengan suami baru tapi saya mintak dijauhkan la dari diuji macam tu lagi..sakit min

Ex saya dengarnya masih lagi meneruskan perangai playboy..lepas saya bercerai dulu pun ada lagi beberapa skandalnya mesej saya cakap kecewa ex dah tak layan diorang..saya malas nak layan..bodoh je rasa perempuan yg serah body kat lelaki player macam tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!