Home / Berita / Syarikat gergasi RRJ Capital dari Hong Kong cadang ambil alih PLUS Malaysia

Syarikat gergasi RRJ Capital dari Hong Kong cadang ambil alih PLUS Malaysia

PUTRAJAYA 4 Okt – Kementerian Kewangan (MoF) menerima satu lagi cadangan daripada Khazanah Nasional Bhd. mengenai pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd. yang dianggap lebih menarik dan memberi manfaat kepada rakyat, kata menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata, walaupun MoF belum lagi menerima cadangan firma ekuiti persendirian, RRJ Capital yang berpangkalan di Hong Kong berkaitan pengambilalihan itu, cadangan yang ditawarkan entiti perniagaan mungkin tidak sebaik yang dikemukakan sektor awam.

“Cadangan daripada entiti perniagaan mempunyai elemen keuntungan. Sekiranya tiada keuntungan, mereka tidak akan beli. Cadangan lain daripada Khazanah tidak mengandungi elemen keuntungan dan pastinya ia lebih baik bagi rakyat apabila tidak melibatkan unsur tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa RRJ Capital bercadang membida PLUS pada RM3 bilion, dan sekiranya berjaya, firma itu akan mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus secara menyeluruh.

Lim berkata: “Pada kesudahannya, anda mahu Lebuhraya PLUS menjadi manfaat untuk rakyat atau untuk swasta? Sekiranya untuk manfaat swasta yang memasukkan elemen keuntungan, bermaksud rakyat perlu membayar tol lebih tinggi, atau manfaat awam tanpa unsur keuntungan dengan tol lebih rendah”.

Mengenai perkembangan pengurusan hutang RM1 trilion negara, Lim menyifatkannya sebagai proses yang ‘menyakitkan dan sukar’.

“Ia tidak mudah malah tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Walaupun kita perlu meneruskan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan pembangunan, namun akaun kita kini lebih terbuka bagi pelaporan yang telus,” katanya.

Ketika ditanya sama ada MoF berbincang dengan Goldman Sachs Group Inc susulan hasrat syarikat itu menyelesaikan isu keterlibatannya dalam hal ehwal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selain membantu memulangkan wang terbabit kepada Malaysia, Lim berkata: “tiada perbincangan dengan Goldman Sachs sebaliknya kita sedang meneruskan proses dan tindakan undang-undang yang dikendalikan oleh Peguam Negara.” katanya. – BERNAMA

 

Perhatian : artikel dalam web ini diambil dari pelbagai sumber sekiranya didapati ia tidak benar sila pm admin dibawah untuk memadamkannya

PM kami disini — > https://www.facebook.com/MediaVirall/messsages

 

PENGIKLANAN BERBAYAR

ingin jana pendapatan RM100-RM300 setiap hari dengan grab tetapi tiada kereta? kami sediakan kereta untuk disewa khas Area KL dan Selangor sahaja klik disini

berminat iklankan produk anda di blog dan page total 1.2 juta like? PM kami disini

 

 

Check Also

Ekstremis Hindu Arunakirinathan serang dan fitnah Firdaus Wong disaman RM 2 Juta

[Saman Fitnah RM2Juta Terhadap Esktrimis] Saman fitnah RM2juta telah difailkan oleh peguam saya di Mahkamah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!