Home / Kesihatan / Tumpah Da-rah – Nyawa ibu dalam bahaya !uri masih tertinggal di dalam rahim

Tumpah Da-rah – Nyawa ibu dalam bahaya !uri masih tertinggal di dalam rahim

 

Tumpah Da-rah – Nyawa ibu dalam bahaya !

Kes 1: Ibu 42 tahun, bersalin secara normal anak yang ke 8, ham-il cukup bulan. Ibu tidak mempunyai masalah semasa menga-ndung dan semasa proses kelahiran bayi, walau bagaimanapun uri mengambil masa agak lama untuk dikeluarkan. Ibu dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 hari bersalin. Ibu mengalami da-rah nifas seperti biasa sehingga hari ke 6 selepas bersalin, ibu secara tiba-tiba mengalami tumpahan da-rah nifas yang berlebihan sehingga ibu pengsan dan tidak sedarkan diri. Ibu tersebut terus dikejarkan ke hospital.

Kes 2: Seorang gadis 18 tahun, ha-mil anak luar ni-kah dan merahsiakan keha-milannya. Ibu muda ini tidak mempunyai pemeriksaan antenatal yang rapi kerana bimbang keha-milanya diketahui umum. Ibu muda ini secara tiba-tiba mengalami sakit bersalin di rumah sewanya dan telah melahirkan bayi secara sendirian. Beliau kemudian memotong tali pusat bayi menggunakan gunting dan merentap sendiri uri di mana sebahagian besar uri masih tertinggal di dalam rahim. Disebabkan kebimbangan yang amat, beliau telah memberitahu teman lelakinya yang kemudiannya datang untuk membantunya. Pasangan muda ini masih takut untuk ke hospital sehingga 3 hari kemudiannya ibu muda ini mengalami tumpah da-rah nifas yang serius sehingga tidak sedarkan diri.

Bagaimana penda-rahan yang saya jangkakan selepas bersalin?

Adalah menjadi kebiasaan untuk mengalami penda-rahan selepas bersalin. Darah itu mungkin keluar daripada rahim ataupun koyakan perineum yang terjadi semasa proses kelahiran itu sendiri.

Penda-rahan selalunya akan menjadi banyak sejurus sahaja selepas bersalin dan akan berkurang secara berperingkat dalam beberapa jam. Penda-rahan akan berterusan dan akan berkurangan dalam beberapa hari lagi dan disertai dengan perubahan warna darah tersebut daripada merah terang ke warna coklat. Penda-rahan ini dinamakan Lochia dan seharusnya berhenti apabila bayi anda berusia 6 minggu.

Penda-rahan berterusan, berlebihan dari biasa adalah TIDAK normal dan dinamakan sebagai tumpah da-rah selepas bersalin (postpartum haemorrhage)

Apakah yang dimaksudkan dengan tumpah da-rah selepas bersalin?

Penda-rahan yang berlebihan dan luar daripada biasa selepas bersalin. Terdapat 2 jenis tumpah da-rah selepas bersa-lin yang dinyatakan seperti berikut :

Tumpah darah primer (Primary Postpartum Haemorrhage) – kehilangan darah selepas bersa-lin lebih dari 500 ml dalam lingkungan 24 jam selepas bersa-lin, kadar kebiasaan berlaku pada 5 daripada 100 wanita yang bersa-lin. Penda-rahan yang teruk, melebihi 2 liter adalah jarang berlaku, dalam kekerapan 6 daripada 1000 wanita yang bersa-lin.

Tumpah da-rah sekunder (Secondary Postpartum Haemorrhage) – kehilangan da-rah selepas bersa-lin dalam lingkungan 24 jam hingga 12 minggu selepas bersa-lin. Berlaku pada kekerapan kurang daripada 2 daripada 100 wanita yang bersa-lin.

Mengapakah tumpah da-rah selepas bersalin ini sangat merbahaya?

Jika anda kehilangan banyak da-rah selepas bersalin, akan mengakibatan keletihan yang luar biasa kepada anda, ditambah pula dengan keletihan yang sedia ada selepas bersa-lin.

Apabila penda-rahan dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan rawatan pihak doktor, akan menyebabkan anda hilang lebih banyak da-rah sehingga boleh meragut nyawa. Maka ianya perlu dikesan, dan dirawat dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi.

Tumpah da-rah primer – Siapakah yang berisiko?

💉Pernah mengalami tumpah darah kaha-milan terdahulu
💉Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35kg/m2
💉Pernah melahirkan 4 orang anak atau lebih
💉Kehamilan kembar atau triplet
💉Uri bawah (placenta praevia)
💉Uri lekang (placenta abruptio)
💉Tekanan darah tinggi
💉Kekurangan sel darah merah (anemia)

Semasa bersalin

🎈Kelahiran secara pembedahan caeserean
🎈Proses kelahiran yang dipaksa (induction of labour
🎈Cebisan uri tertinggal di dalam rahim
🎈Kelahiran yang dibantu menggunakan Forceps atau Vacuum
🎈Bayi yang besar, berat melebihi 4 kg
🎈Melahirkan anak yang pertama apabila umur anda melebihi 40 tahun

Kebiasaannya, tiada apa yang boleh dilakukan kepada senarai risiko-risiko seperti di atas. Walau bagaimanapun langkah berjaga-jaga akan di ambil untuk mengurangkan risiko anda mengalami tumpah darah selepas bersalin ini, sekaligus mengurangkan keperluan untuk transfusi/penggantian darah.

Misalnya, jika anda mempunyai masalah kurang sel darah marah (anemia) ketika hamil, pengambilan zat besi tambahan akan mengurangkan keperluan untuk transfusi darah, jika berlakunya masalah tumpah darah selepas bersalin.

Jika anda sudah menjalani pembedahan caeserean pada kehamilan terdahulu, adalah amat penting untuk memeriksa sama ada uri pada kehamilan sekarang tidak melekat pada parut pembedahan caeserean yang lalu. Jika masalah ini timbul, uri tidak akan tertanggal dengan mudahnya selepas bayi dilahirkan, dan menyebabkan tumpah darah yang sangatlah serius. Jika keadaan ini sudah dapat dipastikan, cadangan rawatan anda akan dirancang sebaik-baiknya melibatkan pelbagai pakar perubatan.

Credit:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Check Also

10 petua paling berkesan merawat keputihan

10 petua paling berkesan merawat keputihan

10 petua paling berkesan merawat keputihan|setuju tak kalau kami cakap bahawa keputihan yang berlebihan boleh …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!