Home / Hiburan / Video : selepas ukir tatoo Bella di dada Aliff Aziz mengamuk!

Video : selepas ukir tatoo Bella di dada Aliff Aziz mengamuk!

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aliff Aziz sekali lagi membikin gempar apabila beberapa keping gambarnya bertatu telah tersebar dalam laman sosial semalam.

Dalam gambar yang tersebar dalam Facebook dan Twitter itu, Aliff, 32, dilihat melukis tatu dengan nama Bella pada bahagian dadanya.

Bukan itu sahaja, Aliff juga mempunyai tatu penuh pada bahagian belakang badannya. Selain itu, satu rakaman video Aliff sedang berbual di telefon juga telah tersebar.

Rata-rata netizen terkejut dengan perubahan drastik yang berlaku dalam kehidupan penyanyi yang berasal dari Singapura itu selepas bercerai dengan isterinya, Bella Astillah pada 16 Mei lalu.

Disebabkan gambar tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang itu teruk dikecam netizen.

Bagaimanapun seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Leaheena_artist mendakwa Aliff bukan membuat tatu kekal sebaliknya menggunakan inai.

Katanya yang juga seorang pelukis inai popular dalam kalangan selebriti, gambar yang tersebar itu merupakan gambar lama yang dirakam sebelum Aliff dan Bella berkahwin lagi.

“Ini adalah black henna (inai hitam), abg sis lukiskan untuk Aliff Aziz masa dia datang lepak umah sis. Bukan tatu betul. Ini gambar dah lama sebelum Bella dan Aliff Aziz kahwin.

“Bella masa ini di China. Tidak tahulah kak Lea, kalau kau ada buat tatu baru dik. Tapi cuma nak jelaskan yang ini sebab kenal sangat gambar ini. Itu karpet dan kaki abang aku,” tulis Leaheena_artist dalam Instagramnya sebentar tadi.

Terdahulu Aliff membikin kontroversi selepas kisah kecurangannya didedahkan bekas isterinya kepada umum dan dia juga didakwa mencuri wang seorang pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri baru-baru ini. – K! ONLINE

terbaru video tular Aliff Aziz berang bercakap melalui telefon

 

 

paling hot!!

lihat apa yang berlaku bila geng-geng perempuan naik bas separa b*gel

perempuan cantik ‘dikenduri’ orang gaji selepas balik dalam keadaan Mabuk

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Kecoh! tak mahu Anwar jadi PM Mahathir bawa BERSATU bergabung dengan UMNO?

Tiba-tiba jatuh sakit! netizen doakan Waytha Moorthy cepat meninggal

Video : kecoh! lelaki jerit nampak hantu di trafik light lihat apa yang berlaku selepas itu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!